Najib walk a lone


NAJIB DI MAKAN SUMPAH

MALANG SEORANG NAJIB🤑🤡

Ketika berkuasa dahulu, semua soalan dan pertanyaan mengenai 1MDB akan ditolak mentah-mentah oleh Najib Razak.

Baik ketika sidang akhbar, dalam Perhimpunan Agung UMNO, sessi Parlimen dan apalagi debat, semuanya tidak dibenarkan sama sekali.

Di Parlimen, walaupun setiap kali sessi ada saja soalan mengenai 1MDB dibangkitkan, namun hampir semuanya ditolak begitu saja.

Hanya ada satu atau dua soalan saja yang dibenarkan, itupun jawapan yang diberi hanyalah secara bertulis.

Malah, sesiapa yang cuba bertanya atau menyoal mengenai 1MDB, kalau pun tidak dipecat dan dibuang kerja, pasti akan dibalas dengan wajah yang masam mencuka.

Ada seorang teman pernah berjumpa secara peribadi dengan Najib di rumahnya lalu menyarankan agar diwujudkan laporan kertas putih mengenai 1MDB, beliau kemudian ditinggalkan oleh Najib dengan alasan mahu naik sebentar ke biliknya, tetapi tidak lama kemudian datang orang gajinya lalu memberitahu agar balik dengan segera.

Bersama sokongan, disertai pujian, bodek, ampu dan cium tangan oleh para pemimpin UMNO yang mendewa-dewakannya, termasuk Pemuda UMNO yang sanggup menjulang dan memberi tabik kepadanya, Najib terus terbuai dengan keangkuhan dan kesombongannya, meskipun rakyat di bawah kian meluat dan membencinya hari demi hari.

Ditambah lagi dengan bantuan media kerajaan dan televisyen yang setiap hari menyiarkan berita-berita gembira saja, kelekaan Najib juga turut bertambah sama.

Di waktu-waktu tertentu dan dalam ucapan sehala pula, Najib selalu memperlekeh dan memandang rendah mereka yang mengkritik 1MDB seolah-olah syarikat pelaburan yang diwujudkannya itu suatu kejayaan paling besar dalam sejarah negara.

Begitulah keangkuhan dan kesombongan Najib ketika berkuasa dahulu.

Tetapi, selepas UMNO kalah pilihanraya dan Najib sendiri hilang kuasa, keadaan sudah terbalik jadinya.

Apa saja isu yang dibangkitkan oleh kerajaan baru mengenai 1MDB, Najib dengan pantas memberikan jawapannya.

Sejak tidak bergelar Perdana Menteri, beliau nampaknya lebih sibuk menjawab atau menjelaskan apa saja perkara yang didedahkan kerajaan, khususnya oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai 1MDB, sementara para pemimpin UMNO lain semuanya hanya mendiamkan diri dan bagaikan sudah malas mahu berhujah lagi.

Jika dulu ramai pemimpin UMNO yang sedia bangun bersuara apabila saja ada isu mengenai 1MDB dibangkitkan, tapi kini Najib hanya berjuang seorang diri saja.

Jika dulu juga, wartawan Malaysiakini merupakan antara portal berita yang dihalang daripada menghadiri sidang media selepas mesyuarat MT UMNO atau ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, sebaliknya kini Najib sendiri yang pergi ke pejabat portal berita itu bagi memberikan interbiu khas dengan sebahagian besar topiknya ialah mengenai 1MDB.

Lebih daripada itu, Najib kini sedia menjawab apa saja soalan yang ditanyakan kepadanya.

Malang sungguh nasib seorang yang bernama Najib yang pernah menjadi Perdana Menteri ketika ini - sudahlah kena menjawab hampir setiap hari mengenai 1MDB, beliau juga tinggal seorang diri saja melakukannya.

Tiada lagi Nazri Aziz, Annuar Musa, Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Aziz Kaprawi bersamanya, malah ada Ketua UMNO Bahagian yang dulu menjerit kuat sanggup mati kerana Najib, turut tidak kedengaran lagi suaranya sekarang ini.

Selepas ditangkap dan dibicarakan di mahkamah nanti, Najib juga pasti akan terus sendirian lagi. Malah, jika dipenjarakan, terus bertambah beliau dilupakan, termasuk oleh mereka yang pernah menerima wang daripadanya.

(ShahbudinHusin 29/06/2018).
Sent from my ASUS

PDRM

Betoi kah ini surat dari SEORANG PEGAWAI KANAN PDRM..??

YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
No. 1, Jalan P8H Precinct 8,
Putrajaya 62250 Malaysia

YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri,
Blok D1, D2 & D9, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya

Assalammualaikum warahmatullahi wabaraqatuh dan salam sejahtera Tun dan Tan Sri. Terdahulu saya ingin mengucapkan ribuan tahniah ke atas kemenangan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun pada pilihanraya ke 14 baru-baru ini dan kemenangan ini menunjukkan bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin kerana telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru di dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

2. Saya percaya kerajaan PH ini akan bertungkus lumus untuk menjalankan kewajipan mereka kepada rakyat dan berusaha merealisasikan janji-janji dalam tempoh 100 hari yang pertama dan juga dalam tempoh mandat yang telah diberikan kepercayaan oleh rakyat..

3. Saya sedia maklum dan Tun juga yang sebelum ini yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, bahawa untuk memastikan semua janji janji ini dapat dilaksanakan setiap kementerian dan agensi serta anggota perkhidmatan awam menstilah memberikan komitmen 100% kepada kerajaan PH dan mereka mestilah mengikut the Rule of Law dalam menjalankan tugas mereka.

4. Ajensi yang saya ingin utarakan kepada YAB Tun adalah pasukan PDRM. Saya meminta maaf kerana saya sendiri adalah seorang pegawai PDRM dan saya ingin utarakan kepada Tun bahawa PDRM juga tidak lari dari gejala salah guna kuasa dan rasuah yang amat teruk sekali. Kata pepatah Melayu, ikan busuk dari kepalanya dan dalam konteks ini terdapat pegawai kanan di peringkat tertinggi yang telah menyalahguna kuasa dengan bantuan pimpinan kerajaan BN dahulu. Mereka ini adalah titik hitam yang perlu dilupuskan. Mereka-mereka ini mesti ditukarkan keluar ke jabatan kerajaan lain atau yang mana disambungkan kontrak mereka, diberhentikan serta merta supaya PDRM dapat menjalani transformasi mengikut Rule of Law, dan berpaksikan tanggugjawab kepada parlimen. Di sini saya akan utarakan segelintir dari pucuk pimpinan PDRM yang terpalit dengan skandal rasuah termasuk 1MDB dan juga salah guna kuasa dan kenapa mereka perlu diberhentikan kontrak mereka atau ditukarkan keluar serta merta dan juga segelintir permata yang bersinar tetapi telah dilenyapkan kerana tidak mahu bersekongkol dengan perompak dan penyamun harta negara dan perlu dinaikkan pangkat supaya tidak ada masalah dalam perjalanan operasi PDRM.

5. Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi bin Harun-
Bekas pengarah Cawangan Khas yang telah memastikan kerajaan BN masih memerintah sehingga ditendang keluar minggu lalu. Ya, seluruh tenaga SB atau Special Branch atau Cawangan Khas telah digunakan untuk maksud ini. Bahagian SB ini saya akan ceritakan kemudian. KPN ini dilantik oleh saudaranya iaitu bekas Menteri KDN yang lama iaitu Zahid Hamidi. Beliau dilantik kerana beliau adalah seorang yang terlalu baik sehingga tidak ada ketegasan dan boleh diarah-arah begitu sahaja oleh pihak yang ada tujuan tertentu. Tidak ada command and control dan dan tiada langsung leadership ability. Tujuan utamanya adalah untuk digunakan oleh pihak BN. Beliau pernah berkata bahawa tujuan beliau dilantik adalah supaya memastikan BN terus memerintah. Semasa dalam tempoh parlimen di bubarkan, cuba semak berapa kalikah aset PDRM seperti keanggotaan, peralatan dan kenderaan serta pesawat udara yang digunakan untuk kegunaan Zahid Hamidi di kawasan parlimennya untuk meraih undi. Pesawat udara sahaja yang digunakan oleh Zahid Hamidi dan staf kementeriannya yang sepatutnya bebas dari tujuan politik telah digunakan yang menelan belanja berjuta juta ringgit. Ini telah menyebabkan beberapa jumlah juruterbang PDRM yang telah menyampah sehingga ingin berhenti dari pasukan kerana tidak tahan dengan melayan perompak harta negara yang membazir masa penerbangan yang menelan beratus ribu ringgit. Audit perlu dilakukan untuk mendapatkan kembali wang tersebut. Selain daripada itu, beliau juga telah menerima arahan supaya menyiasat ahli pembangkang dengan prejudis dan tanpa segan silu yang perbuatannya adalah selective investigation dan semua repot polis tehadap ahli BN tidak dihiraukan langsung. Beliau juga mengeluarkan kata-kata tidak puas hati yang kerajaan BN akan tumbang sekiranya PDRM tidak berbuat apa-apa. Ini menunjukkan dia telah menggunakan aset PDRM untuk memastikan kerajaan BN tidak tumbang dalam satu proses demokrasi yang sah disisi perlembagaan.

Dia juga yang telah tamatkan siasatan terhadap pengarah JSJ CP Wan Najmuddin yang yang penuh dengan skandal rasuah di Australia semata-mata atas arahan Zahid Hamidi supaya dia dikekalkan sebagai Pengarah CID secara kontrak walaupun telah bersara.

KPN ini juga bertanggujawab kepada bekas KPN TS Khalid Abu Bakar dan Zahid Hamidi dan Najib supaya siasatan 1MDB akan selalu tidak selesai atau tidak dijalankan langsung supaya kedua-dua bekas Menteri ini tidak akan disiasat sampai bila-bila kerana kedua-dua menteri ini bertanggungjawab dalam wang yang RM2.6B yang masuk dalam akuan Najib dari SRC dan Zahid Hamidi yang telah memberi alasan yang tidak munasabah untuk bosnya kononnya ia adalah wang dermaan Pak Arab.Dia juga telah mengumumkan bahawa Jho Low tidak terlibat dalam skandal 1MDB. Ini semua di buat untuk mengambil hati Zahid Hamidi dan Najib. Dia juga enggan mengarahkan RED NOTICE dipohon oleh pihak INTERPOL Malaysia walaupun didesak oleh pegawai kanan PDRM yang lain (saya akan ceritakan siapa mereka yang masih sayangkan negara ini dan sanggup tidak menjual maruah mereka kerana sayangkan PDRM dan negara sehingga mereka diketepikan) Sebab itulah Fuzi Harun ini dilantik sehingga sekarang. Dia juga enggan menyiasat MB Negri Sembilan dibawah sek 506 KK iaitu mengeluarkan kata kata ugutan dalam ceramah pilihanraya kepada sesiapa yang menentang BN dan akan pastikan mereka yang menyerang pihak PH sekiranya ditangkap akan dijamin oleh bekas MB itu sendiri.

KPN ini juga bersuhabat dengan KP ROS yang telah mengharamkan PBBM dan lain lain parti politik pimpinan Tun dengan menukarkan seorang pegawai kanan PDRM yang bertugas dengan jabatan ROS dengan serta merta kerana telah memberi maklumat kepada orang ramai tentang kejahatan yang dilakukan oleh KP ROS.

Sudah tentu dengan kepincangan dan ketidakcekapan seorang KPN yang tercalit dengan berbagai skandal , Jamal Pak Tongkol pun boleh mempermainkan PDRM ini.

6. Tim Ketua Polis Negara- Tan Sri Rashid
Beliau yang sepatutnya bersara telah disambung perkhidmatannya adalah untuk memastikan juga kerajaan BN akan terus memerintah. Tiada pendirian tentang apa yang betul dan salah. Semasa dibawah pentadbiran bekas KPN Tan Sri Khalid , DIG ini telah bersekongkol dengan bekas KPN itu untuk cover up kes 1MDB hanya semata mata untuk mempertahankan Najib dan Zahid Hamidi. Semasa ditanya oleh pihak akhbar dalam press conference selalu menjawab yang dia tidak tahu apakah status siasatan 1MDB padahal sebagai Tim Ketua Polis Negara setiap siasatan yang menarik perhatian akan dimaklumkan kepadanya. Jelas kedua-dua pucuk pimpinan PDRM dan bekas KPN telah bersuhabat untuk melindungi pencuri dan pengkhianat negara yang telah melenyapkan berbilion billion RM dan habuan mereka adalah jawatan tinggi dan penyambung perkhidmatan secara kontrak setelah bersara atau mendapat jawatan lain setelah bersara seperti pengerusi PRASANA seperti yang dikurniakan kepada bekas KPN Khalid Abu Bakar. DIG ini juga mempunyai anak anak yang tak berkualiti. Semua tahu yang seorang daripada anaknya adalah tokan dadah yang ganas di KL dan di Sabah. Pernah anggota yang menahan kereta anak-anaknya ditahan telah diherdik oleh anak anaknya dan juga oleh DIG ini sendiri. Sepatutnya bangkai hidup macam ini dibuang sahaja dan sekiranya ada bukti kukuh melindungi Najib dan konco-konconya, disiasat dan dituduh.

7. BEKAS PENGARAH CAWANGAN KHAS MOKHTAR SHARIFF
Beliau dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas walaupun telah bersara untuk tujuan yang sama iaitu mengekalkan BN dalam kuasanya. Semasa baru mengambil jawatan PCK, dia telah memanggil semua KCK Ketua Cawangan Khas Negeri dan telah arahkan mereka dalam mesyuarat bahawa tujuan utama dia dialntik adalah untuk mengkekalkan BN dalam kuasa. Arahan supaya mendapatkan semua kesilapan parti pembangkang perlu diperbesarkan sehingga semua rakyat faham atau mengada- adakan kes yang tidak benar contohnya adalah kononya salah laku KM Pulau Pinang adalah satu contoh. Mereka juga tidak teragak-agak untuk mencipta skandal yang lain siap dengan bukti yang seakan-akan betul terhadap pemimpin pembangkang lain supaya rakyat benci pembangkang dan sekarang kerajaan PH. Arahan telah dikeluarkan untuk membuat operasi pengekoran terhadap semua ahli politik pembangkang serta keluarga mereka dan merakamkan perbuatan mereka dan upload dalam social media untuk memalukan mereka. Menutup semua kesalahan parti memerintah supaya mereka dilihat perfect. Ini tugas utama SB dibawah kawalan Mokhtar Sharif. Selain daripada itu untuk memastiakan semua ahli pembangkang yang keluar negeri disiasat dan diekori dan dirakam dengan menggunakan SBLO yang terdapat di semua negara. Sepatutnya SBLO ini digunakan untuk menyiasat rancangan jahat kerajaan asing terhadap negara kita tetapi telah disalah gunakan untuk mengekori pembangkang yang keluar negara, mengekori pelajar Malaysia diluar negara lebih-lebih lagi yang menerima tajaan kerajaan dan juga orang awam yang berada disana, Untuk lawatan Najib ke USA yang mana dikatakan di atas jemputan Presiden USA Donald Trump,2 orang SBLO yang bertugas sepenuh masa telah memastikan setiap laporan yang disiarkan adalah positif dan menunjukan bahawa ianya adalah atas inisiatif Trumph dan Najib akan kelihatan sebagai hero. Sila semak dengan mereka berdua berapa kalikah bekas KPN itu telah dihantar ke USA di atas arahan Najib untuk berusaha supaya DOJ tidak mengambil tindakan drastik terhadap Najib Razak. Usaha ini telah dibantu oleh Duta Malaysia ke USA yang mana adalah lantikan politik Najib.

Untuk pilihanraya pulak pihak SB telah digunakan untuk membawa penyokong kerajaan dengan kereta sendiri untuk mengundi dan setiap KCKD Ketua Cawangan Khas daerah diarahkan memastikan semua MP atau ADUN Kerajaan di Kawasan masing masing dipertahankan agar mereka menang. Selain itu pihak SB ini pula menerima banyak wang dari calun-calun BN yang akan diketengahkan kepada BN pusat dengan memberikan laporan-laporan calun yang baik. Semuanya untuk habuan. Oleh kerana itulah ramai calun BN yang kalah kerana pada peringkat akar umbi tidak diterima tetapi dengan memberi habuan kepada SB diperingkat daerah maka nama mereka tetap akan diangkatkan. Ini lah tugas SB.

Untuk Pilihanraya Kecil pulak, mereka akan buat perang saraf. Ya Tun, perang saraf yang digunakan untuk mengalahkan gerila kominis ini digunakan untuk menukar pandangan masyarakat setempat semasa PRK untuk menyokong parti BN dan mengalahkan parti pembangkang. Yang paling ketara semasa PRK mereka akan gunakan wang yang berjuta-juta diagihkan dengan cara pergi rumah ke rumah dan berkempen bagi pihak BN. Inilah masalah kenapa poltik wang sukar dihapuskan kerana SB PDRM sendiri yang menggunakan untuk menangkan pihak BN.

Semasa siasatan 1MBD bekas KPN Khalid Abu Bakar telah menggunakan mereka untuk mengekori setiap ahli siasatan 1 MDB dari SPRM ke Gabenor BNM dan juga telah bertanggungjawab mengekori bekas Peguam Negara dan akhirnya telah melakukan serbun ke pejabat beliau di atas arahan saspek no 1 iaitu MO1 atau lebih dikenali sebagai Najib.

Pengarah SB ini juga pernah diserbu rumahnya kerana berjuta juta wang telah dijumpai dalam rumahnya di Johor Bahru semasa beliau menjadi KP Johor. Penyiasatan terhadap akaun peribadinya dan bagaimana beliau menjalani kehidupan seharian dengan wang berjuta juta dalam simpananya perlu dijalankan.

Selain daripada itu mereka juga adalah penyelaras propaganda BN supaya setiap laporan yang disiarkan oleh akhbar akan mendapat kelulusan mereka. Contoh yang paling ketara adalah setiap kehadiran penyokong dalam perhimpunan BERSIH dan setiap kehadiran untuk ceramah Tun perlulah dirujuk kepada SB untuk mendapatkan jumlah yang sepatutnya ditulis. Ini adalah supaya jumlah yang rendah disiarkan disemua akhbar perlu diselaraskan supaya orang ramai akan percaya. Mereka juga digunakan untuk meramaikan semua acara Najib diseluruh pelusuk negara dan memastikan kehadiran yang dilaporkan adalah sentiasa tinggi.

Jabatan Cawangan Khas perlu dikeluarkan dari PDRM dan tugas mereka perlu di selaraskan daripada menyiasat dan mengumpul risikan terhadap ahli politik kepada menukar mindset untuk mendapatkan risikan keselamatan dari ancaman kegananasn terrorism dan jenayah yang makin meningkat. Keanggotaan mereka perlu dikurangkan dan dihantar kepada jabatan lain seperti CID yang memerlukan kepakaran mereka dan juga dalam bidang anti terrorism.

8. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik- Dato Sri Mohammad Salleh
Beliau adalah sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Apabila skandal Gopi meletup iaitu skandal menjalankan perjudian dan pelacuran haram di Melaka dan seluruh negara oleh SPRM, namanya dan nama KPN lama telah dipampang di rekod telepon mobil si Gopi diseluruh negara dan media sosial.Panggilan berpuluh kali terhadap kedua dua saspek, ya kedua-dua ini adalah saspek kerana pihak SPRM telah menamakan kedua-dua mereka sebagai saspek kerana mereka adalah orang yang yang telah menerima suapan berjuta juta ringgit dari sindikit Gopi ini. Mereka terlibat dalam penukaran pegawai kanan yang enggan terlibat dengan Tauke Gopi ini dan telah ditukarkan dengan pegawai kanan yang boleh dirasuah oleh Gopi. Dengan ini semua mereka akan dapat menikmati habuan wang rasuah yang akan diterima oleh mereka ini. Semua ini terhenti apabila bekas KPN telah menemui Zahid Hamidi yang jadi Menteri KDN pada masa itu dan meminta tolong. Dia telah hubungi DS Najib yang mana telah memaklumkan kepadanya bahawa sekiranya mereka kedua-dua ini ditangkap, maka mereka akan membongkar semua siasatan 1MDB. Apabila Najib mendengar ini terus dia telah arahkan SPRM yang mana ketuanya adalah konco Najib no 1 untuk memberhentikan siasatan terhadap mereka dengan memberikan sebab yang munasabah. Maka untuk menyelamatakan Najib, Zahid dan kedua dua pegawai ini iaitu DS Mohamhad Salleh dan bekas KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar, SPRM telah memberhentikan siasatan dengan memberikan alasan bahawa saspek utama dan saksi skandal ini telah melarikan diri. Cuba bayangkan sekiranya saspek utama ini hilang kenapa tidak dipohon PDRM untuk masukkan mereka dalam WANTED LIST tetapi dibiarkan mereka hilang begitu sahaja. Pihak Peguam Negara iaitu Apandi telah menghalalkan semua ini supaya mereka sendiri juga terselamat sekiranya skandal ini meletup. DS Salleh ini masih mempunyai sebuah restoren India di Bukit Bintang yang dikongsi bersama Gopi sehingga hari ini. Selain itu pihak D7 dibawahnya telah menerima jutaan ribu RM untuk menyediakan kes fail untuk sesetengah saspek dan kemudian membebaskan mereka dengan pembayaran yang sesuai. SPRM dibawah pimpinan yang baru perlu menyiasat mereka ini sehingga akar umbi sehingga ke lubang cacing.

9. Dato Sri Acryl Sani- Pengarah Logistik dan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah Komersil. Dia ni telah bersekongkol dengam pentadbiran Najib supaya siasatan 1MDB tidak akan diselesaikan siasatannya sampai bila bila. Dia juga telah menjadi Ahli Suruhanjaya Diraja menyiasat kehilangan wang dalam pasaran matawang semasa Tun dan telah bersuhabat dengan Khalid, Zahid Hamidi dan Najib untuk melenyapkan siastan 1MDB dan lain lain skandal BN semasa menjadi pengarah Jabatan Siasatan Komersil.

10. Dato Sri Wan Ahmad Najmudin-Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Pegawai ini walaupun telah bersara telah disambung perkhidmatannya kerana diarahkan oleh KPN TS Fuzi untuk membantunya menutup kes 1MDB dan juga telah bersekongkol menutup semua kes ahli BN dan juga memastikan sekiranya siasatan dijalankan ianya akan menemui jalan buntu dan terpaksa dibebaskan. Bersekongkol dengan KPN untuk tidak menjalankan siasatan terhadap bekas MB NS yang telah mengugut sesiapa yang menyokong BN dengan menyerang mereka di kedai kedai kopi dan juga memberi jaminan akan menolong mereka untuk dijamin sekiranya mereka ditangkap. Yang terbaharu telah menjatuhkan imej diseluruh negara dan dunia apabila terkantoi terlibat dengan pengubahan wang haram. Peliknya siasatan dijalankan oleh pihak Australian Federal Police menunjukkan wang yang dimasukan adalah dari individu berlainan di seluruh Australia. Bagaimana pihak tatatertib PDRM dapat menyelesaikan kes tersebut dan di atas arahan siapa? Dia juga telah bersekongkol dengan KPN serta KP Kuala Lumpur untuk menyiasat Tun M secara terburu buru dibawah Akta Berita Palsu tanpa seorang pegawai penyiasat pun yang pergi menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kerosakan pada pesawat itu. Ini adalah selective investigation.

11. Dato Mazlan- Ketua Polis Kuala Lumpur
Beliau telah menggunakan pengaruh istana untuk mendapat posisinya sekarang dengan cara paksaan kepada pucuk pimpinan. Mempunyai perniagaan bernilai jutaan ribu ringgit dengan pihak istana dan telah gunakan campurtangn istana untuk mendapatkan jawatan sekarang. Terlibat dengan siasatan 1MDB dan enggan membantu dalam apa apa serbuan atau siasatan di Kuala Lumpur. Bertungkus lumus ingin menangkap pihak pembangkang kerana telah dijanjikan jawatan salah satu Pengarah dengan pangkat CP oleh Zahid Hamidi. Selalu mengarahkan semua repot terhadap pihak pembangkang disiasat dengan cepat dan semua repot terhadap BN contohnya di NFA dan tiada siasatan dilakukan.

12. Ini lah Tun, diantara pucuk pimpinan PDRM yang telah menjalan tugas semata mata untuk diri sendiri dan bersekongkol dengan pemimpin yang tugasnya hanya berasuah siang dan malam. Kes 1MDB yang dicanang oleh DOJ USA dan beberapa negara diluar tidak sedikit pun mereka terasa untuk menyiasat. Tidak kah mereka terasa sedikit pun tergerak hati mereka untuk membuat yang benar. Setiap pagi mereka sembahyang subuh dan kemudian memakai uniform. Ada 6 butang besar yang mereka pakai dan setiap butang itu ada lambang keramat PDRM dan mahkota diraja yang ditulis Allah Muhammad. Tidakkah mereka pernah terasa apa-apa bila jari lembut mereka terkena tulisan tersebut yang mereka perlu berbuat yang terbaik atau membetulkan keadaan yang salah atau sebenarnya mereka terasa tetapi oleh kerana tamak kuasa dan kekayaan dunia mereka hanya berbuat tidak menahu sahaja. Dan apabila mengenakan topi keramat mereka, dan melihat cermin untuk memeriksa kesegakan mereka, tidak kah lambang harimau yang berpusat ditengah lambang itu memberikan mereka semangat untuk berani sekiranya lambang mahkota yang bertahtakan Allah Muhammad itu tidak dapat menggerakan hati naluri mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tamak haloba yang berada dalam hati mereka.

13. PDRM mempunyai 12 orang di pucuk pimpinan yang tertinggi termasuk 6 orang penyamun yang bertopengkan manusia seperti yang diatas, YAB Tun Perdana Menteri Malaysia dan YAB Menteri dalam KDN mesti berbuat sesuatu dengan cepat bukan dalam tempoh 100 hari tetapi dalam tempoh 10 hari secepat mungkin supaya mereka-mereka ini ditahan kerja dan siasatan yang penuh dilakukan terhadap mereka. Mereka-mereka yang tidak terpalit adalah yang tidak mahu bersekongkol dengan gerembolan yang mencuri harta negara. Mereka ini perlulah diberi perhatian dan pangkat untuk menerajui PDRM kerana masih sayangkan negara dan mahu mengikut the RULE OF LAW seperti yang diwarwarkan oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN. Ianya juga akan memberikan impak kepada seluruh warga PDRM untuk bekerja mengikut rule of law dan bukan telunjuk pengkhianat negara. Saya juga cadangkan supaya " COUNCIL OF EMINENT PERSON" mengganggotai Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia seperti artikel 140(3) Perlembagaan Malaysia dan bukan penyamun dan pencuri yang terpaksa membuat atau bersekongkol dengan mereka untuk kenaikan pangkat dalam PDRM. Selain daripada itu budaya memberikan atau penyambungan tugas selepas mereka bersara mesti dihentikan kerana ini juga dapat dilihat sebagai habuan rasuah untuk sesuatu pertolongan yang diberikan kepada pihak yang berkuasa.

14. Sekian sahaja expose kali ini terhadap pucuk pimpinan PDRM yang telah mewarisi satu budaya kerja pengampu kepada sebuah kerajaan kleptocracy dan telah bertindak bukan dengan cara RULE of Law. Mereka ini perlu diambil tindakan segera supaya kerosakan yang telah dibuat itu boleh dibaiki dengan segera.

15. Saya juga mengakihiri surat ini dengan memohon ribuan kemaafan kepada Tun, kerana tidak dapat menandatagani sebagai penulis maklumat yang sah sebab di Malaysia ini seorang 'WHISTEL BLOWER" masih di lihat sebagai penjenayah serta perlu dihapuskan dan orang yang di laporkan sebagai peyalahguna kuasa itu di lihat sebagai hero. Saya berharap satu tindakan yang drastic dan siaasatan yang menyeluruh dijalankan. Selain dari itu Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlulah di adakan secara cepat mungkin supaya senaraio sebegini tidak akan kembali lagi dan desakan mana mana pimpinan PDRM yang baru atau lama yang menghalang ianya diperkuatkuasakan perlulah dilihat sebagai serius dan mereka mereka ini perlulah di siasat. Akhirnya saya juga berharap Tan Sri Menteri KDN memberhentikan dengan serta merta pegawai kanan polis yang disambung perkhidmatan walaupun terdapat ramai lagi pegawai kanan yang lebih berwibawa dalam PDRM. Untuk memastikan pegawai kanan ini adalah berkualiti serta berintegriti, setiap calun KPN, TKPN, PEGARAH PENGARAH PDRM serta Ketua Polis dan Tim Ketua Polis Negeri ini perlu membuat pengistaharan harta khas terus kepada SPRM dan Menteri Dalam Negeri sendiri sebelum menerima lantikan tersebut. Saya boleh sahkan ramai pegawai kanan polis ini akan berhenti tugas kerena jumlah harta mereka tidak dapat di nyatakan dari mana datangnya sumber mereka. Percaya lah Tun dan Tan Sri ini adalah salah satu cara bagaimana mengembalikan integrity pada pucuk pimpinan PDRM di Pusat dan Negeri.

Terimakasih Tun dan kami menaruh harapan yang sangat besar kepada Tun supaya PDRM ini boleh bersinar kembali dan menjadi sebuah organisasi yang disegani semula setelah tindakan pembersihan secara drastik di ambil. Sekian terimakasih.

SEORANG PEGAWAI KANAN PDRM YANG TAKUTKAN ALLAH.

Sent from my ASUS

Umno perlu perubahan yang radikal


🔴 Tulisan ini panjang, padat, bernas dan cukup utk difikirkan kebenarannya.

*Umno, Jho Low dan Khairy Jamaluddin🔴 Tulisan ini panjang, padat, bernas dan cukup utk difikirkan kebenarannya.

*Umno, Jho Low dan Khairy Jamaluddin*
8 Mei 2018

Saya geleng kepala gelak melihat gelagat Umno dalam keadaan ia sedang tenggelam punca dan cuba mencari arah tujunya sekarang. Tak ubah seperti lipas yang baru kena spray dengan Shelltox saja.

Siapa boleh terfikir yang Adnan Yaakob (bekas samseng taik kucing Pahang itu) boleh berkata baru-baru ini bahawa Tun Dr. Mahathir (TDM) adalah bagaikan seorang ayah kepadanya. Kemudian Zahid Hamidi (seorang makhluk yang paling tak tahu malu sekali dalam dunia) melawat TDM di pejabatnya entah untuk tujuan apalah agaknya.

Seterusnya, Khairy Jamaluddin pula keluarkan kenyataan bahawa kerajaan PH lebih baik dari BN sebab murah hati beri peruntukkan kewangan kepada ahli parlimen pembangkang kerana BN tidak pernah buat begini kepada pihak pembangkang sebelum ini. Dan yang mutakhir sekali ialah berita mengenai parti PBB yang sekian lama menjadi tunggak dan _fixed deposit_ BN di Sarawak tiba2 umumkan mahu keluar dari BN untuk sertai PH.

Zahid Hamidi diberitakan amat gabra dengan perkembangan ini dan cuba memujuk Abang Johari supaya jangan bertindak demikian kerana Umno-BN akan hancur kalau PBB keluar dari BN. Abang Jo pula menjawab kalau dia tidak bertindak begini, parti PBB pulak yang akan hancur pada pilihanraya negeri tahun 2021 nanti.

Inilah drama2 komedi yang sedang ditayangkan di depan mata rakyat Malaysia sekarang.

Ehh sekejap.. saya nyaris terlupa. Si tengku palsu yang bernama Adnan Mansor pun sudah terdiam sekarang. Lebih2 lagi selepas SPRM serbu DBKL dan rampas fail2 urusan jual beli 64 lot tanah di merata-rata lokasi di KL sepanjang tempoh si-tengku palsu ini jadi Menteri Wilayah Persekutuan yang nilai jualannya mencecah sehingga RM 4.2 billion.

Confirm mamat ni akan kena rebus hidup2 tak lama lagi. Padan muka dia. Inilah satu2nya makhluk yang memang patut dihumban saja ke dalam jel sampai kiamat. Amat korup, kurang ajar dan angkuh.

Ini belum masuk cerita pasal Nazri Aziz, Shahrizat Jalil, Salleh Keruak, Azalina Othman, Isa Samad, Tajuddin Abd. Rahman dan yang lain2 lagi. Kalau nak bercerita tentang betapa panik dan gelisahnya semua pembesar2 Umno ini sekarang, memang hikayat ini takkan habis 7 hari 7 malam. Masing2 ada kes mereka sendiri.

Tapi tajuk cerita hari ini ialah tentang Umno, Jho Low dan KJ. Jadi, kita tinggalkanlah dulu kisah2 tentang otai2 malang Umno itu semua buat masa ini.

Saya mahu menyoal apa kredibiliti yang ada pada Umno sekarang kalau kita lihat sikap dan pendirian mereka terhadap Jho Low berkaitan penglibatannya dalam skandal 1MDB. Macam mana Umno ingin terus jadi pejuang bangsa dan negara, dan juga berangan untuk jadi pembangkang kerajaan yang dihormati kalau sikap dan pendirian mereka terhadap Jho Low ini sudah kecundang sejak dari awal2 lagi?

Bagaimana mereka boleh buat tak kesah saja dengan budak cina seekor ini yang telah kencing atas kepala orang Melayu dan buat negara kita jadi huru hara? Adakah sikap dayus begini yang nak diharapkan untuk membela nasib orang Melayu?

Berbillion-billion duit kita budak cina buntal ini sapu dan joli di seluruh dunia, tapi tidak ada seekor pun pemimpin Umno yang berani buka mulut mendesak Najib dan polis bawak budak cina ni balik ke Malaysia untuk disiasat. Padahal segala bukti sudah cukup dihadapkan kepada kita oleh Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat, dan juga dari keputusan2 mahkamah di Singapura dan di Switzerland berkaitan skandal ini.

Bahkan pada masa kapal mewah dia dirampas oleh polis Indonesia dan FBI di perairan Bali, si Nazri gila tu siap pertahankan Jho Low lagi sampai mendidih otak Rais Yatim kena sound oleh Nazri apabila Rais Yatim buka mulut pasal budak cina ini.

Lepas tu Nazri cari pasal lagi dengan Rafidah Aziz dalam hal yang sama. Salleh Keruak pun 2 x 5 main tag-team dengan Nazri dalam hal ini. Menteri2 lain buat bodoh saja macam ikan sepat seolah-olahnya takda apa2 yang berlaku.

Dalam keadaan Umno sungguh2 membela Jho Low macam orang mabuk, diorang tak habis2 hentam DAP tiap2 hari kata kalau DAP berkuasa, nasib Melayu akan hancur.

Apa punya bodoh diorang ni? Budak cina seekor itu yang terang2 tengah pijak kepala Melayu dan lingkupkan negara kita, diorang sikit pun tak kata apa2. Tiba2 DAP pulak yang diorang jadikan sebagai _punching bag._

Sekarang DAP dah menang PRU bersama PH, ada kamu tengok orang Melayu mati atau makin sesak hidup? Ada Lim Kit Siang ditabalkan jadi PM Malaysia dan paksa kita semua jadi komunis?

Di mana kredibiliti Umno sekarang? Tak malukah berkokok macam ayam yang ekornya terpalit dengan taik tapi tak sedar diri nak bagi tahu seluruh dunia kononnya merekalah pejuang hak, nasib dan maruah bangsa Melayu. Realitinya ialah mereka adalah pengkhianat bangsa kerana bersubahat dengan Najib membiarkan Jho Low curi duit kita berpuluh puluh billion. Maruah diri sendiri pun sudah terpalit di ekor ayam, tiba2 ada hati nak bela maruah bangsa pulak.

Tolong cakap serious sikitlah wahai Umno.. Janganlah nak buat lawak bodoh saja selalu. Cuba tolong bagi tahu apa dasar perjuangan Umno sejak kalah PRU kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita semua boleh faham dengan jelas.

Kalau dengan Jho Low seekor itu pun Umno boleh tumpas, apa kredibiliti yang ada pada Umno untuk dijadikan sebagai sandaran? Takkan ada masih ramai lagi orang Melayu di luar sana masih sengal hendak terus sokong Umno dalam keadaan yang dayus macam ini?

Yang betulnya ialah Umno telah benar2 mengkhianati orang Melayu. Ini serious punya cakap. Segala usaha baik yang dilakukan oleh Umno di bawah pimpinan semua Perdana Menteri sebelum Najib jadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada Julai 2009 dulu, telah dimusnahkan oleh semua menteri2 umno dan ketua2 bahagian parti ini di zaman Najib, termasuklah juga semua cacing2 kerawit yang menyokong pemimpin2 parti mereka di seluruh negara.

Bingung saya lihat dan fikir kenapa tidak ada satu suara pun yang terbit dari mulut mereka mendesak Najib supaya bertindak terhadap Jho Low.

Cuba tengok saja kelakuan Pemuda Umno, terutamanya naib ketuanya yang nama Khairul Azwan Harun. Mamat ini adalah dari kalangan kaki bodek Najib yang terunggul. Dia bersama ahli2 pergerakkan Pemuda lain tak ubah seperti orang estet yang mabuk todi. Melalak tak kena tempat macam samseng filem tamil. Tapi dengan kes Jho Low, semuanya diam macam batu dan papan yang hanya layak digunakan untuk buat jamban kampung yang tak pakai flush.

Wanita dan Puteri Umno pun sama. Entah kaliber apa yang diorang nampak ada pada makcik yang bela lembu dalam kondo mewah tu pun saya tak tahu. Bila makcik tu sinsing lengan dia ajak gusti dengan pembangkang yang menyoal salahlaku Najib, makcik2 lain pun sama2 sinsing lengan dan menjerit-jerit sampai berpeluh ketiak macam pompuan kena histeria di asrama. Tapi dalam bab Jho Low, haram sepatah pun semua makcik2 ni tak keluar suara.

Ini semua adalah kisah benar untuk Melayu yang ada otak ambil pengajaran. Bangang sangat kalau masih nak sokong dan hidupkan biawak nazak yang bernama Umno ni. Atas alasan apa lagi yang mereka nak jadikan sebagai dasar dan tema perjuangan parti pun saya tak tahu. Entah2 mereka tetap sokong Umno hanya semata-mata kerana kepercayaan khurafat yang sudah sebati dalam diri bahawa Umno ialah berhala keramat yang wajib disembah walau dalam keadaan apa sekalipun sampai ke hari kiamat.

Mereka masih tidak sedar bahawa seterer-terer berhala ini memerintah selama 61 tahun, akhirnya tersungkur juga disebabkan dosa dan kesalahan sendiri kerana kemaruk makan rasuah, kuat curi duit rakyat dan tak reti malu mengkhianati amanah dan kepercayaan orang Melayu serta rakyat.

Insaf dan kesal lah wahai Umno sekalian dengan kesalahan dan dosa kamu semua selama ini. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Akuilah kesilapan dan bagi tahu kepada rakyat bahawa kamu rasa kesal dan bersalah kerana telah menyokong kemungkaran Najib Razak secara membabi buta sebelum ini.

Selagi kamu tidak buat begini, selagi itulah kamu semua adalah orang yang paling bangsat sekali di Malaysia. Kenapa kamu masih tetap degil tidak mahu mengaku bersalah walaupun kamu tahu kamu bersalah?

Bagaimana hendak maju ke depan dan jadi pembangkang yang dihormati kalau benda paling basic macam ini pun kamu masih tak lepas lagi? Saya nasihatkan supaya jangan bawa sifat Iblis ini sampai masuk kubur. Menyesal tak sudah nanti.

Raya pun dah tak lama lagi. Lakukanlah perubahaan ini sekarang. Insyaa Allah kalau kamu berani mengakui kesalahan secara ikhlas, berlepas diri dari penyamun gila yang nama Najib Razak itu, dan mohon maaf kepada rakyat secara terbuka, saya percaya ramai dari kalangan rakyat akan maafkan kamu dan sanggup beri Umno peluang kerana kredibiliti kamu akan beransur-ansur pulih selepas kamu ambil langkah pertama yang paling penting ini. Tetapi jika kamu masih degil, maka tangggunglah nasib kamu jika mati dengan sifat Iblis ini.

Saya ingin sarankan Khairy Jamaluddin supaya jadi orang pertama ambil langkah ini dan terus bertanding sebagai Presiden Umno. Jangan buang karan dan masa nak bertanding jadi Naib Presiden. Kalau Umno dapat Presiden yang biul, takkan selesai masalah parti ini sampai bila2. Rakyat takkan angkat sebelah mata pun nak layan kamu semua nanti.

Kamu adalah seorang yang cerdik di dalam kumpulan yang salah wahai KJ. Kamu punyai bakat dan kebolehan untuk menyumbang kepada pembangunan dan pembentukan negara Malaysia yg cemerlang. Tun Dr. Mahathir pun berpendapat begini. Saya percaya beliau beri pendapat yang jujur mengenai kamu.

Negara perlukan barisan pembangkang yang berkualiti dan profesional dalam parlimen untuk pastikan supaya PH tidak besar kepala dan sentiasa dapat berkhidmat kepada rakyat dalam prestasi terbaik. Dan semesti kamu yang paling berkaliber menjadi pemimpin pembangkang yang dapat menyumbang dengan berkesan ke arah pembentukan Malaysia Baru yang cemerlang. _Give PH a quality fight in the Parliament!_

Persetankan Zahid dan pemimpin2 lain yang tidak bermaruah dan juga tidak tahu malu itu semua. Mereka langsung tiada kredibiliti untuk pulihkan Umno. Semakin menyampah orang dengan Umno kalau ada dari kalangan mereka yang jadi Presiden Umno nanti.

Akui sahajalah kesilapan kamu menyokong Najib sebelum ini dan nyatakan kekesalan kamu secara ikhlas. Kemudian bertandinglah untuk jawatan Presiden parti atas dasar prinsip serta idealisma yang tulin, dan bukannya atas dasar politik. Jangan _play safe_ lagi.

Jika ahli-ahli Umno serious inginkan perubahan, mereka akan sokong dan pilih kamu sebagai Presiden parti. Tetapi jika mereka tidak mahu berubah, maka biarlah mereka menolak kamu.

Jika mereka tolak kamu, tinggalkan saja Umno dan ahli2nya. Tidak berbaloi untuk bersama orang2 yang terlalu obses dengan berhala mereka dan masih buta kepada kebenaran. _They don't deserve you._

Jadi wakil rakyat bebas di Parlimen saja dah cukup. Sekurang-kurangnya rakyat akan melihat kamu sebagai pemimpin yang berprinsip dan relevan dalam konteks negara yang sedang bangga bergerak maju ke hadapan dengan sumbangan usaha yang berkesan dari wakil2 rakyat yang berkualiti.

Ayuh KJ!! Mari sama2 bina Malaysia Baru yang cemerlang. Bertandinglah untuk jawatan Presiden Umno dan lakukan perubahan yang radikal kepada parti ini selari dengan kehendak rakyat sebelum ia pupus seperti dinosaur. geleng kepala gelak melihat gelagat Umno dalam keadaan ia sedang tenggelam punca dan cuba mencari arah tujunya sekarang. Tak ubah seperti lipas yang baru kena spray dengan Shelltox saja.

Siapa boleh terfikir yang Adnan Yaakob (bekas samseng taik kucing Pahang itu) boleh berkata baru-baru ini bahawa Tun Dr. Mahathir (TDM) adalah bagaikan seorang ayah kepadanya. Kemudian Zahid Hamidi (seorang makhluk yang paling tak tahu malu sekali dalam dunia) melawat TDM di pejabatnya entah untuk tujuan apalah agaknya.

Seterusnya, Khairy Jamaluddin pula keluarkan kenyataan bahawa kerajaan PH lebih baik dari BN sebab murah hati beri peruntukkan kewangan kepada ahli parlimen pembangkang kerana BN tidak pernah buat begini kepada pihak pembangkang sebelum ini. Dan yang mutakhir sekali ialah berita mengenai parti PBB yang sekian lama menjadi tunggak dan _fixed deposit_ BN di Sarawak tiba2 umumkan mahu keluar dari BN untuk sertai PH.

Zahid Hamidi diberitakan amat gabra dengan perkembangan ini dan cuba memujuk Abang Johari supaya jangan bertindak demikian kerana Umno-BN akan hancur kalau PBB keluar dari BN. Abang Jo pula menjawab kalau dia tidak bertindak begini, parti PBB pulak yang akan hancur pada pilihanraya negeri tahun 2021 nanti.

Inilah drama2 komedi yang sedang ditayangkan di depan mata rakyat Malaysia sekarang.

Ehh sekejap.. saya nyaris terlupa. Si tengku palsu yang bernama Adnan Mansor pun sudah terdiam sekarang. Lebih2 lagi selepas SPRM serbu DBKL dan rampas fail2 urusan jual beli 64 lot tanah di merata-rata lokasi di KL sepanjang tempoh si-tengku palsu ini jadi Menteri Wilayah Persekutuan yang nilai jualannya mencecah sehingga RM 4.2 billion.

Confirm mamat ni akan kena rebus hidup2 tak lama lagi. Padan muka dia. Inilah satu2nya makhluk yang memang patut dihumban saja ke dalam jel sampai kiamat. Amat korup, kurang ajar dan angkuh.

Ini belum masuk cerita pasal Nazri Aziz, Shahrizat Jalil, Salleh Keruak, Azalina Othman, Isa Samad, Tajuddin Abd. Rahman dan yang lain2 lagi. Kalau nak bercerita tentang betapa panik dan gelisahnya semua pembesar2 Umno ini sekarang, memang hikayat ini takkan habis 7 hari 7 malam. Masing2 ada kes mereka sendiri.

Tapi tajuk cerita hari ini ialah tentang Umno, Jho Low dan KJ. Jadi, kita tinggalkanlah dulu kisah2 tentang otai2 malang Umno itu semua buat masa ini.

Saya mahu menyoal apa kredibiliti yang ada pada Umno sekarang kalau kita lihat sikap dan pendirian mereka terhadap Jho Low berkaitan penglibatannya dalam skandal 1MDB. Macam mana Umno ingin terus jadi pejuang bangsa dan negara, dan juga berangan untuk jadi pembangkang kerajaan yang dihormati kalau sikap dan pendirian mereka terhadap Jho Low ini sudah kecundang sejak dari awal2 lagi?

Bagaimana mereka boleh buat tak kesah saja dengan budak cina seekor ini yang telah kencing atas kepala orang Melayu dan buat negara kita jadi huru hara? Adakah sikap dayus begini yang nak diharapkan untuk membela nasib orang Melayu?

Berbillion-billion duit kita budak cina buntal ini sapu dan joli di seluruh dunia, tapi tidak ada seekor pun pemimpin Umno yang berani buka mulut mendesak Najib dan polis bawak budak cina ni balik ke Malaysia untuk disiasat. Padahal segala bukti sudah cukup dihadapkan kepada kita oleh Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat, dan juga dari keputusan2 mahkamah di Singapura dan di Switzerland berkaitan skandal ini.

Bahkan pada masa kapal mewah dia dirampas oleh polis Indonesia dan FBI di perairan Bali, si Nazri gila tu siap pertahankan Jho Low lagi sampai mendidih otak Rais Yatim kena sound oleh Nazri apabila Rais Yatim buka mulut pasal budak cina ini.

Lepas tu Nazri cari pasal lagi dengan Rafidah Aziz dalam hal yang sama. Salleh Keruak pun 2 x 5 main tag-team dengan Nazri dalam hal ini. Menteri2 lain buat bodoh saja macam ikan sepat seolah-olahnya takda apa2 yang berlaku.

Dalam keadaan Umno sungguh2 membela Jho Low macam orang mabuk, diorang tak habis2 hentam DAP tiap2 hari kata kalau DAP berkuasa, nasib Melayu akan hancur.

Apa punya bodoh diorang ni? Budak cina seekor itu yang terang2 tengah pijak kepala Melayu dan lingkupkan negara kita, diorang sikit pun tak kata apa2. Tiba2 DAP pulak yang diorang jadikan sebagai _punching bag._

Sekarang DAP dah menang PRU bersama PH, ada kamu tengok orang Melayu mati atau makin sesak hidup? Ada Lim Kit Siang ditabalkan jadi PM Malaysia dan paksa kita semua jadi komunis?

Di mana kredibiliti Umno sekarang? Tak malukah berkokok macam ayam yang ekornya terpalit dengan taik tapi tak sedar diri nak bagi tahu seluruh dunia kononnya merekalah pejuang hak, nasib dan maruah bangsa Melayu. Realitinya ialah mereka adalah pengkhianat bangsa kerana bersubahat dengan Najib membiarkan Jho Low curi duit kita berpuluh puluh billion. Maruah diri sendiri pun sudah terpalit di ekor ayam, tiba2 ada hati nak bela maruah bangsa pulak.

Tolong cakap serious sikitlah wahai Umno.. Janganlah nak buat lawak bodoh saja selalu. Cuba tolong bagi tahu apa dasar perjuangan Umno sejak kalah PRU kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita semua boleh faham dengan jelas.

Kalau dengan Jho Low seekor itu pun Umno boleh tumpas, apa kredibiliti yang ada pada Umno untuk dijadikan sebagai sandaran? Takkan ada masih ramai lagi orang Melayu di luar sana masih sengal hendak terus sokong Umno dalam keadaan yang dayus macam ini?

Yang betulnya ialah Umno telah benar2 mengkhianati orang Melayu. Ini serious punya cakap. Segala usaha baik yang dilakukan oleh Umno di bawah pimpinan semua Perdana Menteri sebelum Najib jadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada Julai 2009 dulu, telah dimusnahkan oleh semua menteri2 umno dan ketua2 bahagian parti ini di zaman Najib, termasuklah juga semua cacing2 kerawit yang menyokong pemimpin2 parti mereka di seluruh negara.

Bingung saya lihat dan fikir kenapa tidak ada satu suara pun yang terbit dari mulut mereka mendesak Najib supaya bertindak terhadap Jho Low.

Cuba tengok saja kelakuan Pemuda Umno, terutamanya naib ketuanya yang nama Khairul Azwan Harun. Mamat ini adalah dari kalangan kaki bodek Najib yang terunggul. Dia bersama ahli2 pergerakkan Pemuda lain tak ubah seperti orang estet yang mabuk todi. Melalak tak kena tempat macam samseng filem tamil. Tapi dengan kes Jho Low, semuanya diam macam batu dan papan yang hanya layak digunakan untuk buat jamban kampung yang tak pakai flush.

Wanita dan Puteri Umno pun sama. Entah kaliber apa yang diorang nampak ada pada makcik yang bela lembu dalam kondo mewah tu pun saya tak tahu. Bila makcik tu sinsing lengan dia ajak gusti dengan pembangkang yang menyoal salahlaku Najib, makcik2 lain pun sama2 sinsing lengan dan menjerit-jerit sampai berpeluh ketiak macam pompuan kena histeria di asrama. Tapi dalam bab Jho Low, haram sepatah pun semua makcik2 ni tak keluar suara.

Ini semua adalah kisah benar untuk Melayu yang ada otak ambil pengajaran. Bangang sangat kalau masih nak sokong dan hidupkan biawak nazak yang bernama Umno ni. Atas alasan apa lagi yang mereka nak jadikan sebagai dasar dan tema perjuangan parti pun saya tak tahu. Entah2 mereka tetap sokong Umno hanya semata-mata kerana kepercayaan khurafat yang sudah sebati dalam diri bahawa Umno ialah berhala keramat yang wajib disembah walau dalam keadaan apa sekalipun sampai ke hari kiamat.

Mereka masih tidak sedar bahawa seterer-terer berhala ini memerintah selama 61 tahun, akhirnya tersungkur juga disebabkan dosa dan kesalahan sendiri kerana kemaruk makan rasuah, kuat curi duit rakyat dan tak reti malu mengkhianati amanah dan kepercayaan orang Melayu serta rakyat.

Insaf dan kesal lah wahai Umno sekalian dengan kesalahan dan dosa kamu semua selama ini. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Akuilah kesilapan dan bagi tahu kepada rakyat bahawa kamu rasa kesal dan bersalah kerana telah menyokong kemungkaran Najib Razak secara membabi buta sebelum ini.

Selagi kamu tidak buat begini, selagi itulah kamu semua adalah orang yang paling bangsat sekali di Malaysia. Kenapa kamu masih tetap degil tidak mahu mengaku bersalah walaupun kamu tahu kamu bersalah?

Bagaimana hendak maju ke depan dan jadi pembangkang yang dihormati kalau benda paling basic macam ini pun kamu masih tak lepas lagi? Saya nasihatkan supaya jangan bawa sifat Iblis ini sampai masuk kubur. Menyesal tak sudah nanti.

Raya pun dah tak lama lagi. Lakukanlah perubahaan ini sekarang. Insyaa Allah kalau kamu berani mengakui kesalahan secara ikhlas, berlepas diri dari penyamun gila yang nama Najib Razak itu, dan mohon maaf kepada rakyat secara terbuka, saya percaya ramai dari kalangan rakyat akan maafkan kamu dan sanggup beri Umno peluang kerana kredibiliti kamu akan beransur-ansur pulih selepas kamu ambil langkah pertama yang paling penting ini. Tetapi jika kamu masih degil, maka tangggunglah nasib kamu jika mati dengan sifat Iblis ini.

Saya ingin sarankan Khairy Jamaluddin supaya jadi orang pertama ambil langkah ini dan terus bertanding sebagai Presiden Umno. Jangan buang karan dan masa nak bertanding jadi Naib Presiden. Kalau Umno dapat Presiden yang biul, takkan selesai masalah parti ini sampai bila2. Rakyat takkan angkat sebelah mata pun nak layan kamu semua nanti.

Kamu adalah seorang yang cerdik di dalam kumpulan yang salah wahai KJ. Kamu punyai bakat dan kebolehan untuk menyumbang kepada pembangunan dan pembentukan negara Malaysia yg cemerlang. Tun Dr. Mahathir pun berpendapat begini. Saya percaya beliau beri pendapat yang jujur mengenai kamu.

Negara perlukan barisan pembangkang yang berkualiti dan profesional dalam parlimen untuk pastikan supaya PH tidak besar kepala dan sentiasa dapat berkhidmat kepada rakyat dalam prestasi terbaik. Dan semesti kamu yang paling berkaliber menjadi pemimpin pembangkang yang dapat menyumbang dengan berkesan ke arah pembentukan Malaysia Baru yang cemerlang. _Give PH a quality fight in the Parliament!_

Persetankan Zahid dan pemimpin2 lain yang tidak bermaruah dan juga tidak tahu malu itu semua. Mereka langsung tiada kredibiliti untuk pulihkan Umno. Semakin menyampah orang dengan Umno kalau ada dari kalangan mereka yang jadi Presiden Umno nanti.

Akui sahajalah kesilapan kamu menyokong Najib sebelum ini dan nyatakan kekesalan kamu secara ikhlas. Kemudian bertandinglah untuk jawatan Presiden parti atas dasar prinsip serta idealisma yang tulin, dan bukannya atas dasar politik. Jangan _play safe_ lagi.

Jika ahli-ahli Umno serious inginkan perubahan, mereka akan sokong dan pilih kamu sebagai Presiden parti. Tetapi jika mereka tidak mahu berubah, maka biarlah mereka menolak kamu.

Jika mereka tolak kamu, tinggalkan saja Umno dan ahli2nya. Tidak berbaloi untuk bersama orang2 yang terlalu obses dengan berhala mereka dan masih buta kepada kebenaran. _They don't deserve you._

Jadi wakil rakyat bebas di Parlimen saja dah cukup. Sekurang-kurangnya rakyat akan melihat kamu sebagai pemimpin yang berprinsip dan relevan dalam konteks negara yang sedang bangga bergerak maju ke hadapan dengan sumbangan usaha yang berkesan dari wakil2 rakyat yang berkualiti.

Ayuh KJ!! Mari sama2 bina Malaysia Baru yang cemerlang. Bertandinglah untuk jawatan Presiden Umno dan lakukan perubahan yang radikal kepada parti ini selari dengan kehendak rakyat sebelum ia pupus seperti dinosaur.
Sent from my ASUS

Selamat mengundi 90518

FIKIRKAN
Baca Dengan Mata Hati Bukan Emosi.

Kenapa Anda Perlu Mengundi PH Jika Anda Penyokong BN dan PAS.
Oleh Am - April 24, 2018

Soalan 1.
Tukar kerajaan bukan sesuatu yang mudah. Saya prefer kerajaan yang sekarang. Lebih selamat, kan?

Secara kasarnya, jika Pakatan Harapan (PH) menang, apa yang berubah hanyalah menteri. Iya. Menteri-menteri sahaja yang bertukar. Negara tetap sama. Pertahanan negara tetap sama. Sistem perundangan negara tetap sama. Raja-raja dan sultan tetap sama. Yang lain tetap sama. Hanya menteri yang bertukar. Itu sahaja.

"You cannot change the government. You can only change people who control the government."

BN terlampau lama memegang Malaysia sampaikan orang menyangka bahawa BN itu sendiri adalah kerajaan mutlak. Tukar parti hanyalah bermaksud tukar menteri-menteri yang memerintah. Secara kasarnya, itu sahaja. Usah takut untuk tukar parti yang memerintah. Kerajaan tetap wujud tanpa BN. Banyak negara yang tukar pucuk pimpunan ketika pilihan raya negara mereka. Tukar parti, bukannya tukar negara.

Soalan 2.
Apa bukti yang mengatakan bahawa PH akan dapat menjalankan tugas dengan baik mentadbir kerajaan dan negara kita ini jika mereka menang PRU14 ini?

Imagine jika PH menang, BN mesti akan cuba improve dari dalam untuk PRU ke 15 (2023). Dan PH pun mesti akan cuba sehabis baik berbakti pada negara supaya tidak dibuang pada PRU 15, betul? Jadi, siapa yang akan dapat benefits dari this competition? Ya, kita, rakyat.

Sama seperti Uber dan Grab. Ketika Uber masih wujud, persaingan adalah sihat diantara e-hailing cars ni. Tapi once Grab dah ambil alih Uber. Cuba teka apa yang jadi?

Based dari apa yang berlaku dihadapan kita, kita tak tahu apa yang boleh dilakukan oleh PH. Tapi kita dah tahu dan boleh jangka apa yang bakal dilakukan oleh pemerintahan sekarang.

For now, uncertainty is much better than a sure.

Tapi kalau kau rasa BN dah baik, then maksudnya PH boleh buat lebih baik.

Soalan 3.
Jadi kau sanggup perjudikan ketenteraman Malaysia selama 5 tahun jika PH memerintah?

Tiada perjudian disini. Jika PH menang, yang berubah hanyalah pucuk pimpinan (Dan most likely sistem yang mungkin telah lama corrupt). Pekerja akan kerja seperti biasa. Apa-apa benefits yang anda kecapi sekarang, tidak akan di tarik balik.

Jika BN mula ubah dari akar umbi untuk mengambil semula tampuk pimpinan pada Pilihan Raya 15 (2023), kita undi BN semula. Supaya (cleaner) BN pula pegang kerajaan Malaysia untuk memerintah. Tiada masalah, bukan? Tiada masalah dengan saling tukar parti setiap kali PRU. Ianya normal. Sistem pilihan raya di Malaysia di design untuk sebegitu rupa.

"Apa guna wujudnya Pilihan Raya Umum jika menukar parti pemerintahan adalah sesuatu yang tidak normal?"

Ingat, kita hanya tukar menteri, bukan negara.

Soalan 4.
Macam mana kalau dalam 5 tahun tu (Selepas PH menang), negara akan hancur sebelum sempat next PRU?

Malaysia adalah negara berparliment. Bukan one man army. Persidangan tetap akan berlaku. Kita ada raja-raja. Perlembagaan. Kita ada kuasa rakyat. Kita ada Polis diRaja Malaysia. Kita ada Tentera diRaja Malaysia. Dan kita ada sistem. Usah takut dan gentar wahai sahabatku. Semuanya akan kekal seperti biasa. Cuma, mungkin lebih bersih.

Tukar beberapa menteri tidak akan menghancurkan negara. DS Najib akan menang di Parlimen Pekan (Hampir mustahil kalah). Jadi, jika BN kalah PRU14 ini, DS Najib tetap akan ada kerusi di Parlimen dan terlibat dalam membuat perbincangan keputusan untuk perundangan. Usah risau.

Soalan 5.
Aku undi PAS sebab aku sebagai orang Islam dan aku ingin tegakkan agama Allah.

Kau boleh undi PAS. Dan merasakan bahawa kau dah buat sesuatu yang betul sehinggalah kau bangun pada pagi yang hening keesokannya dan kau sedar yang BN tetap menang disebabkan split undi between PH dan PAS (Kalau PAS tak bergabung / Ally dengan BN). Pas akan kekal menjadi pemecah undi dikalangan pembangkang.

Kau boleh cakap "At least aku dah jalankan tanggungjawab aku untuk Islam." Ya, betul. Tapi lihat PRU13. BN tetap menang. Your "Dah jalankan tanggungjawab" is meaningless. Tuhan beri akal untuk berfikir. Jadi, berfikirlah dengan lebih jauh dan terbuka. Usah lihat apa yang akan berlaku esok hari sahaja. Tak guna menang di seluruh negeri anda jika BN tetap menang majoriti kerusi / undi diseluruh negara.

Soalan 6.
Undi ke tak undi ke, tetap sama. Siapa yang menang pun, negara tetap akan sama.

Kalau you kata undi atau tak undi tetap sama, then maksudnya demokrasi di Malaysia sudah tenat, bukan? More reason for you to mengundi and make a change. Setakat ini, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku jika parti selain BN yang menang, kan? Why not give it a try. Kalau you takut, refer soalan no 3.

Soalan 7.
Aku menetap di Negeri Sembilan. MB Negeri aku, seriously terbaik dan dekat dengan rakyat. Aku undi Parti X hanya disebabkan oleh MB aku walaupun Parti X ni banyak penipuan. How?

Seperti yang aku cakapkan, undi yang terbaik adalah undi based on negara. Ketua kampung kau menang, tapi negeri kau tetap teruk. MB yang kau suka menang pilihan raya, tapi negara kau tetap teruk. Kuasa MB limited. Kau boleh ubah negeri kau, tapi kau kena buat pengorbanan yang lebih besar untuk negara.

Ini bukan perihal keluarga, kampung, DUN, atau negeri kau. Ini pasal negara. Ya, negeri kau dipegang oleh parti / MB yang kau sayang. Tapi bagaimana dengan negeri lain? Bagaimana dengan negara kita? Bagai mana dengan beratus ribu keluarga yang mungkin affected dengan korupsi, penipuan, taxes, undang-undang dari menteri yang tak masuk akal lain yang mungkin telah dan bakal wujud?

See the bigger picture. Don't vote for a person. Dont vote for a city nor a state. Vote for your country.

Soalan 8.
Kau betul-betul rasa pembangkang lagi bagus dari BN?

PAS dan PH dan BN bagi aku secara peribadi, semua teruk. Semua ada agenda masing-masing. Semua ada individu yang seolah-olah tidak berfikir. Walaupun begitu, negara kita perlukan persaingan sihat diantara setiap parti. Seperti yang aku cakapkan, BN mungkin kini terlampau selesa. Mereka mungkin tahu, apa yang mereka buat, mereka tetap akan menang setiap kali PRU. We need to change this.

Adakah PH akan jadi selesa selepas dia menang PRU? No, mereka akan panic nak serve yang terbaik supaya tidak dirampas kembali oleh BN (Sedikit je silap, BN akan take over next PRU). Dan BN akan perbaiki parti mereka dari dalam serta akar umbi agar dapat kembali mengambil tahta untuk terus bekerja untuk rakyat. Jadi siapa yang untung jikan bukan rakyat? (Penatnya ulang ayat ni...)

Soalan 9.
Jadi, kenapa kau rasa PH adalah the Lesser Evil dan bukannya BN?

Study sendiri dan lihat.

ERCL(50bil+ loan from China sedangkan ada duit GST etc), Felda (Siapa yang dah ditangkap?), Pemotongan Bajet Pendidikan dan lain-lain, 1MDB, 1MDB Energy Kronologi 2.6Bil 'derma', Kad dan bantuan yang hanya boleh digunapakai hanya bila menang, cables, manifesto PRU 13 yang tak tertunai, janji-janji manis setiap kali PRU, Harga tol yang dikata tak akan naik, petrol, tiada lagi subsidi minyak masak etc, PRU hari Rabu (this is too obvious, really. Even if your pull out the previous PRU dates, still.), Program politik UMNO di Uitm dan sekolah-sekolah. SPR dan BN. SPRM dan BN, SKMM dan BN. GST tak akan naikkan harga barang, China dan GST, Media arus perdana yang berat sebelah, Persempadanan Semula pengundi, Gerrymandering, dana-dana yang semakin kurang, "Kajian" dari agensi-agensi yang tak pernah habis, Audit yang tiada keputusan, perbelanjaan keluarga mereka, kronism, Shahrizat & lembu, statement Rafidah, rasuah, statement-statement yang dikeluarkan oleh menteri-menteri yang tak pernah tahu apa itu kesusahan rakyat, muka ahli politik yang hanya wujud 5 tahun sekali dan bermacam-macam lagi yang aku sendiri dah malas nak letak dan fikir.

Jika anda perasan, aku nyatakan isu-isu negara dan bukannya isu negeri ataupun kawasan kecil. Sebab apa yang berlaku sekarang adalah berkaitan dengan negara.

Jangan baca paper pro parti jika anda bercadang untuk study. Get online forum dan baca dari pelbagai pihak. Get involved. See people outside. Get out of your privilege rings.

Soalan 10.
Jadi, kenapa kau cakap kalau PAS kuat, BN akan menang?

Pemecah undi. Anggap sahaja konsepnya seperti dibawah:

100 orang mengundi untuk satu kawasan dengan 3 calon (PAS, BN dan PH)

20 undi PAS. 31 undi PH. 49 undi BN. Pembangkang 51 undi. BN 49 undi.

Tapi siapa yang akan menang? Yup tetap BN walaupun pembangkang dapat 51 undi. Ini dipanggil split voting dikalangan pembangkang. Ia memberi benefits kepada BN.

Bayangkan jika PAS dan PH bergabung, sure pembangkang akan menang bukan? Dengan konsep ni dan apply untuk berjuta-juta pengundi di Malaysia, cuba teka siapa yang akan menang? Yes.

Tapi kalau PAS stand alone. Satu undi yang diberikan kepada PAS adalah satu undi kurang untuk menjatuhkan BN. Kenapa? Sebab sekarang ni, PAS tak akan menang (Non muslim tak akan undi PAS, jadi mustahil PAS akan menang). Satu-satunya parti yang boleh menang adalah PH. Jadi, semakin kuat PAS, semakin kuatlah pemecah undi dikalangan pembangkang. Semakin kuatnya pemecah undi, semakin mudahlah BN untuk menang,

Soalan 11.
Kau dulu bukan penyokong BN ke?

Sentimen tak masuk akal

Sadly, yes. Aku siap tulis 2 entries pada pilihan raya yang lepas. Lately, banyak perkara yang BN buat, aku dah cuba justify dan rasionalizekan tapi, tak mampu. Terlampau banyak dan terlampau obvious. Amat mustahil untuk manusia normal tak nampak perkara-perkara yang tak patut berlaku, berlaku.

Soalan 12.
Kenapa undi PH dan bukannya PAS?

Kini, hanya ada 3 major parti iaitu BN, PAS dan PH.

Saya seriously doubt PAS boleh menang majoriti undi (Sebab Malaysia banyak agama dan bangsa, dan even orang Islam sendiri pun ramai tak undi PAS). Jadi, vote for party yang mempunyai chance yang rendah untuk menang hanya akan mewujudkan pecahan undi. Pecahan undi begini yang membuatkan BN menang pada akhirnya (Ulang sejarah PRU13 dimana Pembangkang memperolehi 51% undi tapi BN tetap menang dengan hanya 49% kerana 51% undi tu berpecah undi kepada beberapa parti pembangkang dan bukan dibawah satu bumbung.)

Bagi saya, PAS adalah pemecah undi di kalangan pembangkang (kerana PAS adalah major parti yang belum boleh menang) yang kita semua tahu, memberi benefits (chance) kepada BN untuk menang dengan lebih mudah. You boleh vote PAS for your Dun dan Parlimen negeri you. Mereka boleh menang. Tapi at the end, BN juga yang menang majoriti undi negara. PAS is too weak right now.

Jika anda nak PAS menang, PAS perlu strong stand alone. Dan dia boleh capai hanya bila BN jatuh. If you wanna vote for PAS, wait till PRU15. Ingat, see the bigger picture. Jangan fikirkan tentang 5 tahun. Fikirkan tentang 10-30 tahun akan datang.

Soalan 13.
PAS telah lama wujud di Malaysia. Bagaimana PAS boleh jadi Pemecah Undi sedangkan PH adalah parti baru?

Awak salah faham dengan konsep pemecah undi. Tak perlu jadi baru atau lama untuk memecah undi. Dalam pembangkang, semua adalah pemecah undi. PH, PAS, Warisan etc etc selagi tidak berada dibawah satu bumbung rasmi, maka mereka semua adalah pemecah undi. Tapi kenapa saya terapkan bahawa PAS adalah pemecah undi? Sama jawapannya dengan soalan 12. PAS adalah parti besar tetapi orang bukan Islam tidak akan undi PAS, orang Islam sendiri ramai yang tak akan undi PAS. Jadi, secara dasarnya, bagaimana PAS akan menang? Jika anda membuat kira-kira, saya yakin, anda sedar undi pada PAS akan kurangkan chance untuk BN direhatkan.

Jangan salah faham. Saya tidak ada masalah dengan PAS. Tetapi PRU kali ini bukan berkenaan sesebuah parti. Objektif kita adalah untuk rehatkan BN agak demokrasi di Malaysia boleh disemarakkan. Tapi hanya PH yang ada chance untuk menang (Rujuk soalan 12.)

Soalan 14.
Apa yang ada sekarang adalah hasil (tahi) Tun Mahathir kerana dulu BN dipegang oleh beliau. Dia juga corupt seperti ahli politik lain. Jadi kenapa kita perlu undi dia lagi?

Aku tak rasa jika PH menang, dia akan jadi PM. Kalau dia jadi pun, hanya untuk jangka masa yang amat, amat pendek. Dan, secara jujurnya, aku tak kisah siapa yang dipilih dikalangan Menteri untuk menjadi PM. Sebab sesiapa sahaja yang mengantikan DS Najib, mungkin akan perform jauh lebih baik dari DS Najib supaya tidak direhatkan next PRU. Objektif aku hanyalah untuk rehatkan BN agar BN memperbaiki diri. Ini juga penting agar parti-parti lain sedar bahawa jika mereka menang PRU, mereka mesti berkhidmat kepada rakyat sebaik mungkin. Jika tidak, akan dibuang seperti BN pada PRU14. Seperti yang saya katakan, BN terlampau selesa.

Dan seperti yang aku katakan, aku tak undi based on individu. Aku undi apa yang terbaik untuk negara; iaitu persaingan sihat pada PRU15 tahun 2023 (which we cant have if BN still win this PRU). Jika BN kalah, PRU 15 akan jadi PRU paling prgresive sejak merdeka. Tapi kita tak akan capai jika BN masih menang PRU14 ini.

Soalan 14A.
Apa pendapat kau tentang undi rosak? #UndiRosak

Movement undi rosak adalah satu movement paling tidak berakal (Selepas refuse untuk daftar mengundi).

9. Tidak daftar mengundi / Tak mengundi.
8. Undi rosak.
7. Undi Parti sebab hidup sendiri / keluarga tak pernah affected dengan apa yang berlaku.
6. Undi Parti disebabkan oleh sentimen (Termakan budi - Banyak dibantu 20 tahun lepas)
5. Undi Parti disebabkan oleh manifesto (Percaya janji-janji manis)
4. Undi Parti disebabkan oleh seseorang (MB, Wakil kawasan etc)
3. Undi Parti sebab mahukan benefits untuk diri / keluarga (Saudara, business, company, boss)
2. Undi Parti disebabkan Parti (Tak kisah siapa yang didalam, janji Parti tersebut.)
1. Undi Parti disebabkan oleh Negara Malaysia. (Tak loyal pada mana-mana Parti. See the bigger picture. Tak kisah 'kerajaan' berubah setiap 5 tahun, asalkan yang terbaik memerintah)

#UndiRosak adalah satu movement yang paling tidak masuk akal.

Contohnya: Andai kata Azman keliru diantara nak undi BN atau PH, dia akan mula study dan kaji mana parti yang real dan mana yang lebih banyak menipu. Tetapi once #UndiRosak wujud, Azman kini ada option lain iaitu Undi Rosak.

This is a war of a lesser evil. You cant win this war by sitting sideways (undi rosak / tak mengundi). Tapi jika anda nak undi BN, baik anda undi rosak sahaja. Ianya lebih baik. Hssajshaj. Joke.

But not really.

Elakkan dari melontar undi disebabkan oleh seorang individu yang baik. Pilihan Raya Umum adalah perihal seluruh negara dan bukannya orang perseorangan. Tiada guna menang untuk jaguh kampung jika negara tergadai.

Soalan 15.
Macam mana aku nak tahu aku bakal buat pilihan tepat untuk mengundi ni?

Tanya diri sendiri:
Parti yang anda akan undi, kalau parti tu diketuai oleh criminal atau orang yang kau tahu jahat, adakah kau akan still undi dia? Kebanyakan orang yang fanatik dengan parti akan jawab ya (Terutama orang tua). Maka something is wrong with you. Dont cast your vote just for one good man.

Soalan 16.
(Conclusion) Jadi, kenapa saya perlu undi PH jika saya pengokong PAS dan BN?

1. Main objective PRU kali ini adalah untuk menukar 'tahta pemerintahan' (menteri-menteri) agar kerajaan menjadi lebih bersih melalui persaingan sihat.

2. Kejatuhan BN penting agar PRU akan datang (PRU15) akan jadi the best PRU ever (No more the Lesser Evil). Probably wujudnya A New Generation of BN (cleaner BN).

3. Jika anda sebenar-benar penyokong BN, saya pasti anda sendiri pun sedar banyak yang perlu diperbaiki. Saya tahu BN banyak lakukan perubahan yang baik. Tapi keselesaan yang dinikmati oleh BN telah membuatkan mereka leka. Mereka dilantik Rakyat untuk Rakyat dan Negara. Bukan untuk mengkayakan diri sendiri.

3. Based on penilaian peribadi, PAS tak akan menang. Ya, PAS boleh menang di Terengganu dan Kelantan. PAS boleh menang 100% di kedua-dua negeri terbabit. Dan anda boleh bersorak kegembiraan bila ia berlaku. Tapi keesokannya, anda akan sedar yang memerintah tetap Barisan Nasional.

Aku pernah bersembang dengan rakan-rakan aku di kedai kopi, dan kami semua bersetuju bahawa hampir mustahil BN akan kalah. Tapi jika BN tak kalah pada Pilihan Raya Umum kali ni, BN akan berkuasa sampai bila-bila kerana selepas ini, mungkin tiada lagi nama-nama besar. Dan tiada lagi orang yang akan lead kepada perubahan.

Demokrasi yang sihat adalah demorasi yang seimbang. Bukan satu pucuk parti pimpinan yang sama sepanjang zaman.
‪ ‬

Sent from my ASUS

Alahai Negeri Pahang DM



Sedih dan terkilan saya rasa negeri Pahang telah lama berbelas tahun (mungkin lebih) berhutang dengan kerajaan pusat. Dengar cerita anggarannya sampai tiga bilion ringgit.

Hal ini khabarnya menjadi punca yang menyebabkan pelantikan MB serta exco Pahang lambat diadakan seperti tiada siapa mahu menjadi MB. MB sebelumnya seperti berat untuk meneruskan perkhidmatan.

Selama saya hidup, saya tengok dan tahu Pahang terlalu kaya dengan hasil bumi: balak, getah, sawit, bijih besi, timah, bauksit & emas.

Balak tak habis-habis ditebang. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini terdengar usul dan sememangnya telah berjalan projek membalak mega di kawasan lembangan Tembeling. Lebih daripada 100 ribu hektar hutan dibalak dan dicuci untuk membuka ladang sawit. Saya pernah masuk ke kawasan yang dinyatakan & menyaksikan dengan mata kepala sendiri, ternyata sedang sangat rancak dilaksanakan.

Getah. Pahang ada banyak kebun getah saujana mata memandang. Walaupun harga getah murah sekarang tetapi yang nyata ia tetap menyumbang kepada pendapatan negara. Dan ia tak selalunya murah.

Sawit. Negeri Pahang berlambak sawit, daripada pekebun kecil, estet- estet, FELCRA sampai ke FELDA. Hampir 50% FELDA ada di Pahang sahaja. Jadi kita boleh fikirlah betapa banyaknya luasnya ladang kelapa sawit di Pahang.

Bijih besi. Sudah lebih 10 tahun saya tengok lori bijih besi bersusun di atas jalan raya. Ke hulu ke hilir mengangkut bijih amang. Sampai habis jem. Jalan pun rosak. Setakat yang saya nampak dari Kuala Lipis sampai ke Maran penuh dengan lori bijih besi.

Bijih timah dilombong secara komersial di Pahang sejak sekian lama. Lombong di Sungai Lembing pernah menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia sehingga digelar penyelamat Ratu England. Terowongnya pernah menjadi terowong terpanjang dan terdalam di dunia. Bukit Ibam pernah muncul menjadi lombong bijih timah terbesar di Asia. Jika tidak silap, Rompin masih mengeluarkan bijih timah.

Emas. Kisah kekayaan negeri Pahang yang melimpah ruah dengan emas sudah termaktub di dalam sejarah sejak zaman berzaman. Lombong emas terdapat merata- rata. Selain banyak yang masih beroperasi, ada banyak lagi yang berpotensi untuk bakal dibuka. Antara lokasinya adalah Luit, Maran. Lombong emas paling besar bukan sahaja di negeri Pahang tetapi juga di Malaysia tentulah lombong emas di Penjom dan terbaru di Selinsing. Kedua- duanya terletak di Kuala Lipis. Pada hari ini, lebih daripada 90% emas negara Malaysia datangnya dari Pahang.

Pernah terdengar berita perairan laut Pahang juga tersimpan petroleum dan proses carigali telah dilakukan. Tak tahu bagaimana agihan royalti. Senyap macam tu je.

Kebanyakan hasil pertanian negara pun datangnya dari Pahang. Tak kira apa jenis sama ada buah-buahan atau sayur- sayuran. Tak kira sama ada bermusim atau tidak bermusim. Bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga dieksport.

Pahang ada pelabuhan paling besar di pantai timur iaitu Pelabuhan Kuantan.

Kawasan- kawasan peranginan & pelancongan yang ternama pun banyak di Pahang seperti Genting Highlands, Bukit Fraser, Cameron Highlands, Cherating, Pulau Tioman dan sebagainya. Taman Negara pun ada dua. Tasik semulajadi terbesar & kedua terbesar pun ada di Pahang yakni Bera & Chini.

Pojek LYNAS yang pernah menjadi kontroversi tetapi tetap diteruskan atas dakwaan untung. Dan setahu saya memang untung sebab gaji pekerja pun mahal.

Hasil laut Pahang pun banyak kerana persisiran pantainya yang luas. Maka perairannya juga luas.

Itu belum kira lagi industri-industri lain seperti pengilangan dan pembinaan. Biarpun tidaklah serancak negeri maju lain, namun ia tetap ada.

Memang tepat sekali Pahang digelar sebagai Darul Makmur.

Jadi mengapa Pahang yang kaya dengan hasil bumi begitu tenat sampai dikatakan hampir bankrap?

Negeri-negeri lain yang didakwa miskin pun takdelah sampai menggunung hutangnya. Lagipun padanlah sebab ada di antara negeri- negeri itu kurang atau tiada hasil.

Betulke Pahang sebegitu miskin?

Kalau miskin mengapa orang luar tak mengira bangsa berduyun- duyun datang ke Pahang sejak dari merdeka sampai ke hari ini berterusan datang sehingga melebihi jumlah penduduk asal. Mereka datang mencari rezeki sama ada bekerja sendiri, bekerja dengan kompeni, menyertai FELDA, FELCRA & berkhidmat dengan kerajaan. Sehinggakan ramai di kalangan mereka memilik tanah sehingga ada di antaranya yang membuka kampung/ penempatan dan terus menetap di Pahang serta berkeluarga beranak-pinak.

Jika benar Pahang miskin, pasti tak berlaku macam tu.

Saya perhatikan, bagi anak jati atau penduduk asal Pahang, mereka masih sangat 'pasif': "Ah biorla....". Ramai yang masih sangat leka sampaikan ke taraf 'kurang cerdik' (maaf cakap).

Bagi rakyat Pahang yang bukan asal Pahang pulak: "Lantaklah! Bukan negeri aku".

Jadi secara keseluruhannya rakyat Pahang tak kisah pun apa jadi kepada negeri Pahang.

Sepatutnya semua hasil itu patut dinikmati secara bersama. Bukan dinikmati rakyat Pahang semata- mata tapi seluruh rakyat Malaysia tak mengira bangsa, agama, status dan keturunan.

Berlainan pula dengan rakyat negeri- negeri lain sibuk menuntut royalti. Dapat tak dapat belakang kira. Tuntut tetap tuntut.

Peluang inilah yang diambil pihak berkepentingan mengaut keuntungan daripada bumi Pahang semahu- mahunya.

Iyalah, takde siapa yang ambil peduli pun. Kalau ada pun setakat beberapa kerat jer. Itu pun setakat sembang bolehlah.

Semoga pengurusan di Pahang bertambah baik dan lebih terkawal. Semoga hutang langsai. Semoga kita semua dapat nikmati hasilnya.

Nota kaki: Pos saya ni tak berniat apa pun. Cuma sekadar meluah rasa sedih sebagai rakyat negeri Pahang. Maaf kalau ada yang berasa kurang senang dengan pos ni.q
Sent from my ASUS

Resepi sateu

MashaAllah.. Alhamdulillah..
Resepi satey, kuah kacang dan nasi impit yg sangat sedap dikongsi oleh seorang peniaga satey. Semoga diluaskan rezeki beliau. Sangat sesuai dijadikan juadah majlis keraian, iftar ramadhan dan juadah Aidilfitri nnti 😁

Resepi Satey

1 ekor Ayam (sy buat 500gm isi ayam dan 500gm daging batang pinang)
6 biji Bwg besar
6 batang serai
1/2 inci halia
2 sb serbuk kunyit
1/2 inci lengkuas
1 sk Jintan manis
1 sk Ketumbar
(Sy ganti jintan manis dan ketumbar dengan 2 sudu teh serbuk kurma)
Kisar semua bahan diatas
1 cawan gula atau ikut selera
1 sk garam
2 sb madu (sy tambah)
1 sk ajinomoto

Satukan semua bahan dan perap. Sediakan sebatang serai yg diketuk hujung, minyak masak dan campur sedikit air utk direnjis2 pada satey semasa membakar (ini tips sy sendiri 😁)

Kuah Satey

6 biji bawang merah
5 ulas Bwg putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 sb cili kisar
2sb Air asam jawa
1 sb gula atau ikut selera
Garam secukup rasa
1 sk Ajinamoto
500gm Kacang tanah di sangai dan buang kulit dan kisar kering
Kisar semua bahan dan tumis hingga naik bau. Masukkan air ikut kepekatan sesuai selera dan masukkan kacang.
3 btg serai diketuk dan masukkan dalam kuah kacang.

Nasi impit (sy tak buat)

3 cawan beras siam
5 cawan air
Kacau 3 hingga 4 kali semasa masak utk lembutkan nasi, kemudian masukkan dalam bekas, tumbuk guna botol atau lesung hingga nasi halus, padat padatkan dan sejukan baru dipotong.

Silakan share utk manafaat bersama

Sent from my ASUS