Mee goreng

Resepi Mee Goreng Mamak Sedap🌸
Nak pergi mamak tak boleh, jom buat sendiri. 

RESEPI

BAHAN-BAHAN :

Mee kuning 1 bungkus
Udang sederhana (buang kulit)
Bawang Putih(hiris)
Bawang Merah(hiris)
Kicap cair & pekat
Sos cili
Sos tiram
Cili Bo
Tauhu(digoreng dahulu)
Kentang(potong dadu & goreng)
Taugeh
Daun Kubis
Tomato
3 biji telur(pecah & kacau)
Fish cake(hiris)
Cili(hiris)
Serbuk perasa Knorr/Maggi

CARA MEMASAK MEE GORENG

Pertama kali, tumis bawang putih + bawang merah + cili bo sehingga naik minyak. Then tambah sos cili + sos tiram + kicap pekat dan biarkan masak sekejap. Kemudian masukkan udang + fish cake + tauhu + kentang + daun kubis. Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan mee, gaul sebati. Lastly masukkan tomato + taugeh + cili. Perasakan dengan serbuk perasa & kicap cair jika perlu. Hidang bersama perahan limau kasturi + bawang goreng:)

(video sekadar panduan,boleh pilih nak ikut resepi bertulis atau video ya)

Selamat mencuba👨‍🍳👩🏻‍🍳😻
Kredit resepi ini kpd Mak Cik Bawang

.

.

P/s: Berminat viralkan jualan & perniagaan anda? Pm admin utk dptkan t&c pengiklanan terbaik. Tq