Sepetang bersama Tuan Shahrul Bear Gpc
.
Tuan Shahrul Bear Gpc mempunyai 4 buah kilang pengeluaran yang berasaskan makanan di Malaysia.
Empat kilang yang dibeli satu persatu tanpa membuat pinjaman bank.
Kilang tersebut membuat pengeluaran untuk pasaran eksport luar Negara seperti di Timur Tengah(70%)
.
Semasa tuan Shahrul sedang asyik menikmati Ikan Patin tempoyak beserta sotong bakar di kedai makan Pak Wan Ikan Bakar,beliau mulakan dengan bertanya serba ringkas tentang kami berdua.
.
Saya tak ingat soalan apa yang saya tanya,
tapi dengan soalan tu beliau telah memberi perkongsian ilmu dapatan yang telah dilaluinya.
.
"Nanti bila bisnes tuan semakin berkembang,
saya tidak halang untuk tuan buat pinjaman dengan bank.
Cuma saya tak galakkan.
.
Saya kongsi berdasarkan apa yang saya dah lalu.
Ini penting,
kalau baru mula berniaga,
Jangan sekali-kali pinjam duit bank!
Guna hasil duit untung untuk kembangkan bisnes.
.
Dalam situasi ni tuan kena banyak-banyak bersabar.
Ada sesetengah usahawan tak sabar,semua nak cepat.(bukan semua)
.
Kami beli kilang pertama hasil dari keuntungan bisnes konsultan yang kami buat.
.
Selepas kilang pertama,kami ambil masa yang agak lama sebelum membeli kilang yang kedua.
Itu pun hasil dari keuntungan kilang pertama.
.
"Foundamental" dah betul-betul kuat dan stabil,baru kami ambil keputusan untuk tambah kilang lagi.
.
Sekarang ni,
kalau nak di ikutkan,
permintaan sudah melebihi tahap pengeluaran.
Sepatutnya kami kena tambah lagi tiga kilang untuk tampung permintaan pasaran.
.
Kalau ikut hati yang tamak,
memang kami dah boleh sangat nak buat pinjaman bank untuk kembangkan lagi perniagaan.
.
Tapi saya percaya,
rezeki Allah ni teramatlah luas.
Ada ketikanya semua peluang yang mendatang bukan milik kita,
peluang tu di lalukan kepada kita untuk kita sampaikan pada pihak lain.
Berkongsi rezeki.
.
Permintaan yang syarikat kami tidak dapat penuhi,
kami tawarkan kepada syarikat lain.
Dengan syarat mereka memenuhi tahap kualiti yang kami telah tetapkan.
.
Saya bukanlah nak larang tuan buat pinjaman dengan bank sebenarnya,
Cuma sebaiknya kalau nak pinjam juga,
pinjam lah dengan nilai amaun yang diperlukan sahaja.
Jangan terlalu berlebih-lebihan.
Lebih sikit tidak mengapa,
sebagai contoh nak guna Rm10,000,
lebihkan sedikit Rm3,000 untuk "back-up" plan sekiranya sesuatu terjadi.
.
Pinjam berlebih-lebihan dengan harapan lebihan pinjaman untuk di labur ke bisnes lain adalah bahaya.
Yelah,dalam bisnes bukannya jaminan untung tu 100%.
Ini langkah pengawalan risiko.
.
Kemudian saya teringat tentang pengalaman beliau berurusan dengan orang dari Timur Tengah.
Kali ni saya tanya lagi sekali.
.
Tuan Shahrul tersenyum sambil mencicah sotong bakar dengan sambal asam.
.
"Tuan,ini dari pengalaman yang saya lalu,
saya pernah berurusan dengan orang tua(orang arab).
.
Mereka tidak suka dengan perjanjian kontrak yang tebal-tebal.
Bagi mereka itu sesuatu yang sungguh menjengkelkan!
.
Siapa sangka,
saya sendiri pun terkejut,
dengan sehelai kertas dan sebatang pen,
bersalaman dan setuju!
urusan perniagaan bernilai jutaan ringgit terhasil!
.
Tapi,
sebenarnya,
ini bukan tentang sehelai kertas dan pen semata-mata.
Ini juga tentang kepercayaan dari mereka.
.
Apabila kepercayaan dengan satu pihak dijaga dengan baik,
maka urusan-urusan lain akan lebih mudah kerana mendapat "rekemendasi" dari merekayang pernah berurusan dengan kita.
Rekemendasi dari pihak ketiga lebih kuat pengaruhnya.
.
Kilang kami keluarkan produk yang mereka mahu,
bukan kita yang pandai-pandai mencipta produk syok sendiri untuk pasaran Negara mereka.
Mereka nak produk macamana?
Kami boleh tolong buatkan.
.
Ada juga segelintir yang membuat perjanjian dengan dokumen dan kontrak,
tapi apa yang saya kongsi tadi,
pengalaman saya berurusan dengan orang lama yang lebih utamakan kepercayaan dalam berurusniaga.
.
Semasa di Dubai,saya pernah melawat satu gudang besar yang menyimpan pelbagai jenis produk makanan.
Tuan bayangkan,
gudang sebesar 6 padang bola yang mempunyai 6 tingkat!
(Bukan milik kerajaan Dubai)
.
Untuk makanan Frozen sahaja,
dua padang bola tuan!
.
Mereka menyediakan tempat khas untuk pemilik bisnes makanan menyimpan stok di gudang mereka.
Macam-macam jenis makanan ada!
Dari pelbagai negara seluruh pelusuk benua.(Halal sahaja)
.
Sebenarnya mereka tidak berminat dengan proses yang melibatkan pengeluaran.
Walaupun mereka mampu untuk buat,
tetapi memandangkan sumber bahan mentah yang terhad membuatkan mereka menangguhkan keputusan mereka.
.
Yang ini menarik,
semasa saya ke sana,
mereka langsung tidak kisah dengan penampilan pakaian saya.
Begitu juga dengan mereka.
Mereka berurusan dengan hanya berpakaian biasa tetapi transasksi perniagaan yang berjaya dibuat bernilai jutaan ringgit!
.
Saya agak pelik di Malaysia ni,
kejayaan perniagaan seseorang ditentukan oleh simbol kekayaan yang ditonjolkan oleh pemilik bisnes.
.
Baru-baru ni ada hamba Allah yang komen di post Facebook saya,
beliau menegur saya,
saya tidak seharusnya menceritakan pada umum yang saya beli kereta Volvo bernilai RM4,000.
Ianya tidak sesuai dengan gelaran yang saya bawa.
.
Kami gelak bersama.
.
Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof menceritakan tentang pengalamannya yang pernah berjumpa dengan seorang jutawan wanita matang usia yang mempunyai syarikat penerbitan buku bernilai Jutaan ringgit.
.
"Perempuan lain nak bagi tudung nampak cantik dan kemas,gunakan pin,
perempuan tua ni guna klip kertas untuk kemaskan tudung supaya nmpak kemas!
.
Hahahaha
(Sekali lagi kami gelak bersama)
.
Ustaz Saifuddin sambung lagi,
dia pernah dengar cerita di Kelantan,
ada seorang penjual kereta mewah memandang sinis kepada seorang lelaki tua yang berkain pelikat.
.
Penjual kereta itu tidak percaya lelaki berkain pelikat itu mahu beli kereta sehinggalah lelaki tua itu mengeluarkan duit dari lipatan kain pelikatnya!
.
Secara tak sengaja berteraburlah duit di sekeliling lelaki tua itu kerana tidak sempat untuk menahan kesemua duitnya dari jatuh.
Maka tercenganglah sipenjual kereta itu.
.
Saya menyelit,
Nasib baiklah kain pelikat lelaki tua tu tak terlucut semua,
kalau tak….Krik..krik..krik lah jawapnya.
.
Tuan Shahrul melatih anaknya bersekolah di seklah biasa walaupun dia mampu untuk hantar anaknya kesekolah persendirian.
.
Dia taknak anaknya terlalu terpengaruh dengan dunia kemewahan oleh anak-anak orang kaya lain.
.
Dia hantar anak-anaknya nya ke sekolah biasa supaya mereka dapat melihat dunia realiti kepayahan orang lain untuk dijadikan iktibar dalam hidup mereka.
.
Saya terus bertanya soalan tentang berkuli untuk capai kejayaan.
.
Ini nasihat yang tuan Shahrul kongsikan kepada kami.
.
"Semasa saya memilih untuk berkuli,dulu.
Saya telah kenalpasti dengan jelas,
kenapa saya nak berkuli di sesebuah syarikat.
.
Saya akan pilih syarikat kecil yang sedang membangun,
dari situ banyak yang saya boleh belajar.
.
Tuan tahu span?
Jadilah seperti span yang sentiasa belajar dan menyedut ilmu yang perlu.
.
Biasalah,
umur muda ni kita banyak buat silap,
jangan takut sebab kita masih muda,
perjalanan masih jauh.
Banyak perkara kita boleh belajar.
.
Lagipulak kalau kamu tu bujang,
lagi terbaik,
komitmen kurang,
boleh fokus.
.
Masa berkuli tu pastikan matlamat kita jelas,
apa tujuan utama kita mahu berkuli.
.
"Macamana nak tahu tempoh berkuli kita tu dah cukup masak ke belum?
(Saya mencelah)
.
"Tuan boleh tanya dengan "supervisor" tuan,
jangan tanya "big boss" pulak.
.
Tanya pada dia,apa lagi yang belum dipelajari.
Kalau dah takde benda yang nak dipelajari,
dah boleh berhijrah ke tempat lain untuk dapatkan ilmu baru dan pengalaman baru.
.
Sebab tu saya cakap tadi,
waktu bujang ni waktu paling sesuai untuk berkuli,
kalau dah kahwin nanti,
tuan akan teragak-agak sebab dah terikat dengan komitmen dan pengaruh keluarga.
.
Nanti,
bila tuan dah berjaya mempunyai syarikat sendiri,
tuan kena ingat ni.
.
Jangan takut sekiranya pekerja harapan kita nak berhenti kerja,
sekiranya kita tahu yang staff kita ni bagus,
boleh offer untuk bekerjasama.
.
Sekurang-kurangnya,
ianya satu penghargaan besar buat mereka yang telah berbakti dengan syarikat kita"
.
Ini di antara "point-point" penting yang saya ingat,
semoga ianya memberi manfaat kepada yang membaca.
.
Kami duduk berborak hampir tiga jam pada petang tu.
.
Selepas berborak,
saya dan Ustaz Saifuddin melihat kereta Volvo tuan Shahrul yang baru dibelinya tempohari.
.
Rm 4,000 beserta kelengkapan NGV,harga paling murah di pasaran!!!
.
P/s : Apa yang saya kongsikan adalah dari sudut pandang mereka yang telah melalui pengalaman dapatan.
.
Yang Benar,
Firdaus Yasin