Selamatkan Najib

MANA LEBIH AFDAL, SELAMATKAN NAJIB ATAU SELAMATKAN TIGA PULUH JUTA RAKYAT
Malay | April 5, 2017 by | 0 CommentsMANA LEBIH AFDAL, SELAMATKAN NAJIB ATAU SELAMATKAN TIGA PULUH JUTA RAKYAT
Malaysia

Yang selalunya membunuh politik seseorang itu ialah pemimpin yang rapat dengan seseorang itu. Sudah menjadi lumrah yang paling hampir dan menyumbang besar kepada mereka itu lah yang akhirnya menjadi korban politik mereka.

Yang menaikan Najib sehingga ketahap ini adalah orang-orang yang beliau ingin bunuh politik mereka sekarang ini. Dr Mahathir begitu ghairah menjatuhkan Abdullah Badawi untuk memberikan laluan kepada Najib untuk naik menggantikan Perdana Menteri yang di persepsikan seorang Perdana Menteri yang lebih banyak tidur dari berkerja. Ke hulu kehilir Muhyiddin ingin menjatuhkan Abdullah bagi memberikan Najib peluang untuk menjadi Perdana menteri dan untuk beliau sendiri mendapatkan munafaatnya dengan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sememangnya Abdullah itu sepatutnya tidak dijadikan Perdana Menteri dari awal lagi jika diambil kira tahap kemampuan beliau sebagai seorang pemimpin. Tetapi Dr Mahathir bermatian mahukan Abdullah menggantikan beliau yang akhirnya beliau sendiri seperti yang dijangkakan oleh ramai orang menyedari yang Abdullah bukanlah seorang yang benar-benar layak dan berkemampuan untuk menerajui kerajaan.

Akhirnya Mahathir sendiri bersama Muhyiddin telah kehadapan untuk menjatuhkan Abdullah sedang Najib hanya membiarkan sahaja kerana beliau tahu jika Muhyiddin dengan Mahathir berjaya menjatuhkan Abdullah beliaulah (Najib) yang akan mendapat munafaatnya.

Ternyata apa yang dilakukan oleh Mahathir dan Muhyiddin itu telah memakan diri Mahathir dan Muhyiddin. Lain-lain perkataan yang amat sesuai untuk Mahathir dan Muhyiddin ialah "Mahathir dan Muhyiddin sedang menelan racun mereka sendiri" Najib tidak mempunyai kemampuan untuk menjaga moral beliau sebagai pemimpin yang dimandatkan oleh Umno dan BN untuk mentadbir negara dengan jujur dan transparent. Seperti Abdullah Najib juga merupakan pemimpin yang susah untuk diiktiraf sebagai pemimpin yang mempunyai moral kepimpinan yang sesuai dengan kehendak negara yang inginkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan makmur serta dalam ketenangan.

Yang jelas Mahathir telah gagal untuk mencari pelapis kepada kepimpinan negara. Yang beliau berjaya hanyalah untuk membina barisan pelapik yang gunanya hanya untuk memberi keselesaan beliau tanpa diganggu gugat oleh pelapik-pelapik beliau itu. Pelapik-pelapik ini hanya mengangguk dan mengiyakan sahaja apa-apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir tanpa mempunyai kudrat untuk berkata benar kepada Mahathir.

Tetapi tidak boleh juga kita salahkan pelapik-pelapik ini tidak berkata benar kepada Dr Mahathir kerana mereka hanyalah pengampu dan mereka tidak memahami yang mana yang benar atau sebaliknya. Mereka-mereka ini termasuk Abdullah dan Najib hanyalah ibarat burung balam yang tugas mereka untuk mengangguk sahaja.

Akhirnya inilah yang kita semua dapati sekarang ini, iaitu sebuah negara yang tidak tentu arah tujuan dan matlamat serta 'ultimate' nya yang sebenarnya. Penganngok-penganggok ini hanya mampu untuk menjadi ketua-ketua tetapi ketua-ketua yang tidak berkempimpinan dan disaluti pula dengan niat dan matlamat untuk diri mereka sendiri. Seandainya ada walaupun sedikit niat untuk kebaikan negara dalam memimpin kita semua negara tidak akan berhadapan dengan apa yang kita hadapi sekarang ini.

Kita amat ke;itu dengan orng rasuah yang bercakap tentang agama dan menggunakan istilah-istilah agama dan Quran dengan begitu fasih dan lancer. Pemimpin berbohong tidak ada batasnya dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan mengaibkan agama, bangsa dan negera.

Benarlah kita sedang berada diakhir zaman. Yang benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar. Yang bersifat hina dijunjung sedangkan yang benar-benar mempunyai kepimpinan yang bersalutkan spiritual yang baik diketepikan. Yang berserban melakukan kemungkaran terhadap agamanya dan yang bercakap tentang bangsa dan negara itu adalah mereka yang telah membinasakan bangsa dan negaranya sendiri.

Sesungguhnya kita tidak boleh merasa was-was lagi kerana sifat was-was adalah sifat yang sangat hina disudut pandangan agama dan ketuhanan kita. Najib perlu mencari 'face-saving device' untuk berundur dan jangan lagi mendekati politik negara ini selepas persaraan nanti.

Najib hanya boleh berbakti terhadap negara dengan berundur bersama apa yang beliau telah lakukan terhadap negara kita ini. Pengunduran beliau wajar disertai oleh semua Jemaah menteri nya kerana itu adalah amalan yang diguna pakai oleh negara demokrasi yang telah maju dan berjaya. Ahli-ahli Jemaah Menteri yang wajar mempunyai nilai dan sifat accountability terhadap apa kesalahan ketua kerajaan yang mereka berada bersama dalam kabinetnya.

Bersara nya seorang perdana Menteri kerana kesalahan dan jenayah yang dilakukan harus dan wajib di pikul bersama oleh Jemaah menteri nya kerana kesalahan serta jenayah itu adalah kesalahan bersama.

Kesalahan Najib bukannya kesalahan yang kecil yang boleh diabaikan begitu sahaja. Ketagihan rasuah adalah identity kerajaan bawah Najib dan ini perlu dibenteras habis-habisan tanpa was was lagi.
Hanya pilih satu dari dua pilihan yang ada, 'either we save Najib or we save all Malaysians'

– http://aspanaliasnet.blogspot.my

Hanya pilih satu dari dua pilihan yang ada, 'either we save Najib or we save Malaysai

Sent from my ASUS