Najib walk a lone


NAJIB DI MAKAN SUMPAH

MALANG SEORANG NAJIB🤑🤡

Ketika berkuasa dahulu, semua soalan dan pertanyaan mengenai 1MDB akan ditolak mentah-mentah oleh Najib Razak.

Baik ketika sidang akhbar, dalam Perhimpunan Agung UMNO, sessi Parlimen dan apalagi debat, semuanya tidak dibenarkan sama sekali.

Di Parlimen, walaupun setiap kali sessi ada saja soalan mengenai 1MDB dibangkitkan, namun hampir semuanya ditolak begitu saja.

Hanya ada satu atau dua soalan saja yang dibenarkan, itupun jawapan yang diberi hanyalah secara bertulis.

Malah, sesiapa yang cuba bertanya atau menyoal mengenai 1MDB, kalau pun tidak dipecat dan dibuang kerja, pasti akan dibalas dengan wajah yang masam mencuka.

Ada seorang teman pernah berjumpa secara peribadi dengan Najib di rumahnya lalu menyarankan agar diwujudkan laporan kertas putih mengenai 1MDB, beliau kemudian ditinggalkan oleh Najib dengan alasan mahu naik sebentar ke biliknya, tetapi tidak lama kemudian datang orang gajinya lalu memberitahu agar balik dengan segera.

Bersama sokongan, disertai pujian, bodek, ampu dan cium tangan oleh para pemimpin UMNO yang mendewa-dewakannya, termasuk Pemuda UMNO yang sanggup menjulang dan memberi tabik kepadanya, Najib terus terbuai dengan keangkuhan dan kesombongannya, meskipun rakyat di bawah kian meluat dan membencinya hari demi hari.

Ditambah lagi dengan bantuan media kerajaan dan televisyen yang setiap hari menyiarkan berita-berita gembira saja, kelekaan Najib juga turut bertambah sama.

Di waktu-waktu tertentu dan dalam ucapan sehala pula, Najib selalu memperlekeh dan memandang rendah mereka yang mengkritik 1MDB seolah-olah syarikat pelaburan yang diwujudkannya itu suatu kejayaan paling besar dalam sejarah negara.

Begitulah keangkuhan dan kesombongan Najib ketika berkuasa dahulu.

Tetapi, selepas UMNO kalah pilihanraya dan Najib sendiri hilang kuasa, keadaan sudah terbalik jadinya.

Apa saja isu yang dibangkitkan oleh kerajaan baru mengenai 1MDB, Najib dengan pantas memberikan jawapannya.

Sejak tidak bergelar Perdana Menteri, beliau nampaknya lebih sibuk menjawab atau menjelaskan apa saja perkara yang didedahkan kerajaan, khususnya oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai 1MDB, sementara para pemimpin UMNO lain semuanya hanya mendiamkan diri dan bagaikan sudah malas mahu berhujah lagi.

Jika dulu ramai pemimpin UMNO yang sedia bangun bersuara apabila saja ada isu mengenai 1MDB dibangkitkan, tapi kini Najib hanya berjuang seorang diri saja.

Jika dulu juga, wartawan Malaysiakini merupakan antara portal berita yang dihalang daripada menghadiri sidang media selepas mesyuarat MT UMNO atau ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, sebaliknya kini Najib sendiri yang pergi ke pejabat portal berita itu bagi memberikan interbiu khas dengan sebahagian besar topiknya ialah mengenai 1MDB.

Lebih daripada itu, Najib kini sedia menjawab apa saja soalan yang ditanyakan kepadanya.

Malang sungguh nasib seorang yang bernama Najib yang pernah menjadi Perdana Menteri ketika ini - sudahlah kena menjawab hampir setiap hari mengenai 1MDB, beliau juga tinggal seorang diri saja melakukannya.

Tiada lagi Nazri Aziz, Annuar Musa, Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Aziz Kaprawi bersamanya, malah ada Ketua UMNO Bahagian yang dulu menjerit kuat sanggup mati kerana Najib, turut tidak kedengaran lagi suaranya sekarang ini.

Selepas ditangkap dan dibicarakan di mahkamah nanti, Najib juga pasti akan terus sendirian lagi. Malah, jika dipenjarakan, terus bertambah beliau dilupakan, termasuk oleh mereka yang pernah menerima wang daripadanya.

(ShahbudinHusin 29/06/2018).
Sent from my ASUS