Jawatan PM PH adalah Anwar Ibrahim bukan Tun Mahathir.. jika semua berpegang pada konsensus ini, tidak ada masalah..
PH dah bagi peluang pada Tun walaupun BERSATU menang kerusi Parlimen paling sedikit di PRU14 yang lepas.. amat jarang berlaku didunia, calon PM dari parti gabungan yang paling sedikit, tapi itulah berlaku di negara ini..
Semasa Tun dan BERSATU bersama PH, langkah yang diambil adalah membawa masuk beramai ramai MP UMNO, sedangkan itu bukanlah budaya PH, penyokong diam saja kerana tak mahu PH bergolak..
Sokongan rakyat mula merosot, bila kepimpinan Tun mula tunduk pada desakan pembangkang sedangkan mereka bukanlah penyokong PH.. itu kesilapan yang paling utama..harapan penyokong PH yang tinggi mula terhakis bila menteri BERSATU yang dilantik, out off mark dan menjadi bahan sindiran rakyat.. itu kesilapan kedua..
Sikap Tun yang tidak memperdulikan kepentingan medsos dan menolak cadangan untuk mengukuhkan jentera komunikasi PH menyebabkan pembangkang kembali bernyawa dan bila Tun dah nampak dan mengakui kelemahan, sudah terlewat, itu kelemahan ke tiga..
Tun membuat kenyataan yang betul, tapi mudah dimanipulasi oleh PAS dan UMNO khasnya menyentuh isu Melayu dan penjawat awam, dan akhirnya PH menjadi mangsa dan dikritik seolah PH anti penjawat awam dan melayu.. itu kesilapan ke empat.
Tun masih berpolitik, dan mahu menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ini juga antara faktor memberi impak kepada PH, bukanlah rahsia bahawa Tun tidak selesa bersama Anwar dan DAP.. walaupun intonasinya berbeza beza bergantung dgn siapa beliau berkomunikasi..
Kerana itu, aku lebih suka, jika PH memberi tumpuan pada pilihanraya dari ditarik pada perpecahan kerana Tun.. disaat UMNO, PAS dan BERSATU juga sedang bertarik tali mengenai pembahagian kerusi... biarlah Tun dan teamnya tubuh parti baru dan bertanding di PRU nanti... biar rakyat membuat keputusan..