Penulis mengenali Nudin Buyung awal 1970. Di kompleks Angkasapuri. Nurdin Buyung yang saya kenali ketika itu adalah seorang Penerbit Drama Radio untuk siaran Rangkaian Nasional Radio Malaysia Nama beliau besar dihati pengiat drama. Wisma radio akan terasa sunyi apabila Nurdin bercuti. Nurdin begitu sinonim dengan studio D7 di Wisma Radio Angkasapuri. Loikasi ini merupakan hot spot pendukung watak drama radio. D7 menjadi one stop center selain dari penerbitan drama radio. Nurdin ada lah seorang Penerbit drama radio yang kreatif dan had hock casting yang sukar di tandingi oleh Penerbit Drama radio yang lain. Personaliti Nurdin Buyung di gemari ramai warga Angkasapuri, actor dan actress, seniman dan seniwati ,para wartawan dan artis. Sebagai junior Penulis rasa bertuah dapat berkongsi aktiviti harian di pejabat dan luar pejabat bersama beliau. Peristiwa paling dekat di hati ketika beliau memboncing scrambler penulis menuruni lerengan Bukit Bangsar ke Jalan Tengiri. Belau amat ceria apabila ditemani oleh rakan sekerja seperti En Sidik Shamsuddin. Fitri Aziz, Sharkawi Jirim, Nuramin, Abu Bakar Omar, Tengku Mariam. Azmi Zahid,Suhami dan ramai lagi. Kadang kadang beliau tumpang tidur di residen penulis . Semoga Nurdin Buyung di tempatkan dikalangan mereka yang beriman Alfatihah untuk Nurdin Buyung.