SINDIRAN TAJAM TAMRIN TUN GHAFAR KE ATAS SULTAN JOHOR
ROMPAKAN DI SIANG HARI - SERAHKAN SAJA JOHOR KEPADA SULTAN
1. "Alang - Alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan".
2. Perumpamaan ini saya gunakan bagi membantu Sultan Johor yang kebetulan keturunan setengah Bugis dan setengah Inggeris mengusai sepenuhnya setiap inci tanah negeri tersebut.
3. Jika masih ingat Negara kita pernah dua kali dijajah oleh Inggeris dan kebetulan pula asal usul Raja Johor pula adalah orang Bugis dari kepuluan Sulawesi, Indonesia.
4. Jika kita menyingkap sejarah moden yang bermula dari Sultan Ibrahim, moyang kepada Sultan Ibrahim sekarang, berbagai perkara yang telah dilakukan; ini termasuklah cerita ada di kalangan mereka yang berlagak lebih Inggeris dari Inggeris sendiri, ada yang hobinya mengadakan hubungan dengan isteri orang, menzalimi , mencedera malah membunuh rakyat sesuka hati dan merampas tanah negeri atas nama Tanah Sultan atau Sultanate Land.
5. Kes terbaru yang telah bocor ke pengetahuan rakyat ialah berhubung Pulau Kukup.
6. Khaled Nordin, Menteri Besar Kerajaan UMNO / BN dahulu telah bukan sahaja menarik balik status Pulau Kukup sebagai Taman Negara , malah bagi maksud mengampu Sultan atas sebab - sebab tertentu secara senyap - senyap telah memindahkan tanah tersebut menjadi Tanah Kesultanan atau Sultanate Land.
7. Pulau tersebut telah diwartakan sebagai Taman Negara pada tahun 1997.
8. Sepatutnya Kerajaan baru yang diketuai oleh Osman Supian dan EXCOnya MEMBATALKAN saja kelulusan yang dibuat itu, bukan mengesahkan salahlaku Kerajaan lama.
9. Alasan kononnya pemindahaan Taman Negara Pulau Kukup dan semua Taman Negara dari Kerajaan Johor ke Tanah Kesultanan atau Sultanate Land bagi melindungi kepentingan dan kedaulatan negeri Johor adalah tidak masuk akal dan bodoh.
10. Sebelum peristiwa 'rampasan' Taman Negara Pulau Kukup itu berlaku difahamkan tanah seluas melebihi 50,000 ekar dan beberapa bidang tanah lain telah pun diberi kepada Sultan oleh Kerajaan UMNO/ BN.
11. Malah saya difahamkan juga Kerajaan PH telah meluluskan beberapa keping tanah berpotensi kepada orang yang sama atau proksinya.
12. Mana - mana EXCO yang tidak bersetuju atau sehaluan dengan kehendak Sultan berkemungkinan besar mereka akan diugut oleh Sultan atau konco - konconya.
13. Harus diingatkan sekali lagi tanggungjawab utama semua Wakil - Wakil Rakyat Pakatan Harapan khasnya Osman Sapian dan barisan EXCOnya ialah berkhidmat untuk rakyat.
14. Tanpa sokongan rakyat mereka semua tidak akan berpeluang menjadi Menteri Besar, EXCO, Wakil Rakyat dan jawatan - jawatan lain.
15. Mereka juga harus ingat bagaimana Sultan dan anaknya yang tak cerdik tapi 'syok' sendiri
itu telah berkempen secara terang - terangan meminta rakyat menolak parti PH; justeru mengapa MB dan EXCO dan Wakil Rakyat yang lain beria - ia sangat nak berbudi kepada Sultan dan keluarganya yang TIDAK mahu mereka ( PH ) mengambil alih kuasa dari UMNO/ BN?
16. Cukuplah dengan kekayaan dan kemewahan Sultan dan keluarganya ; biarlah mereka berbangga dengan Istana - Istana dan ratusan kenderaan hasil segala jenis cukai , pendapatan negeri dan segala jenis hasil mahsul negeri seperti tanah , pasir sungai dan laut , boxsite , perairan Selat Johor dan lain - lain lagi sama ada secara sah atau sebaliknya.
17. Jika hendak 'melindungi kepentingan dan
kedaulatan negeri Johor' dijadikan alasan oleh Sultan dan anaknya bagi memiliki sebanyak mana tanah dan pulau, maka adalah lebih baik serah sahaja keseluruhan negeri Johor kepada Sultan; justeru status Sultan diubah dari Raja Berpelembagaan kepada Raja Mutlak.
18. Selepas itu Sultan bolehlah melantik siapa sahaja menjadi Bendahara atau Menteri Besar tanpa melalui proses pilihanraya.
19. Perlembagaan negeri boleh dipinda dengan hanya kehendak Sultan ; ini termasuklah setiap inci tanah di buni Johor dikuasai olehnya.
20. Ini adalah lebik baik dari berselindung di sebalik Menteri Besar Osman Sapian , EXCO dan Wakil - Wakil rakyat yang dah mula lupa jasa rakyat.
21. Janganlah jadi "Kacang Lupakan Kulit" , "Dah Menyeberang Tongkat Di Buang".
22. Semoga rakyat dan Sultan diberi kesedaran , keinsafan dan jati diri demi kebaikan bersama.
23. Segala kedudukan , pangkat, kekayan dan kemewahan yang kita nikmati adalah sementara sahaja.
24. Sultan , Menteri Besar , Mufti dan rakyat biasa semuanya AKAN MATI dan PASTI akan disoal dialam kubur dan PASTI akan dibangkitkan semula bagi ketentuan Syurga dan Neraka ; HANYA AMALAN BAIK DI DUNIA YANG BOLEH MENJADI
PENYELAMAT.
Terima Kasih.
Sent from my ASUS